RAMAI suami isteri sering melengkapkan ilmu sebelum seks masing-masing agar dapat memberikan kepuasan pada pasangan. Malangnya, tidak ramai yang mengambil tahu tentang ilmu selepas hubungan intim yang boleh merosakkan kenikmatan semasa seks yang dilakukan sebelum itu.

Jadi, apakah perkara yang perlu dielakkan oleh pasangan suami isteri selepas melakukan hubungan intim yang sering dilakukan tanpa sedar? Berikut adalah 5 kesalahan atas ranjang yang menjadi punca hubungan intim suami isteri jadi hambar.

BACA>>> Jenis Penyakit Vagina yang Mampu Jejaskan Hubungan Intim Suami Isteri

1.  TIDUR SELEPAS HUBUNGAN SEKS

Kesalahan ini tidak dinafikan sering dilakukan oleh ramai pasangan suami isteri. Ada kajian yang menunjukkan bahawa lelaki lebih cenderung untuk tidur selepas hubungan intim berbanding wanita. Wanita lebih segar dan ingin dibelai selepas hubungan seks. Manakala, lelaki lebih mudah tertidur. Jangan akhiri kenikmatan hubungan intim dengan aktiviti membosankan seperti tidur.

2. TERUS BERSIHKAN DIRI

Aktiviti ranjang sememangnya memenatkan dan membuatkan anda berpeluh, hingga menyebabkan anda tidak sabar untuk membersihkan diri. Ini adalah perkara normal dan dirasai oleh setiap orang. Tetapi, jangan terus bergegas ke bilik air selepas hubungan intim. Rehatlah sebentar di atas katil bersama dan melayan pasangan sebelum ke bilik air. Lebih afdal lagi jika anda bawa pasangan ke bilik air dan membersihkan diri bersama.

3. JANGAN TERUS PAKAI BAJU

Perbuatan ini sering dilakukan oleh pasangan yang melakukan hubungan seks pantas. Jika anda tergesa-gesa mengenakan pakaian selepas hubungan intim, secara tidak langsung anda memberi isyarat negatif kepada pasangan. Sama ada anda tidak selesa dengan tubuh anda atau anda menganggap hubungan seks sebentar tadi biasa-biasa sahaja.

4. JANGAN KOMEN PRESTASI ATAS RANJANG

Kadangkala tanpa disedari anda mungkin terlepas cakap dan memberi komen tentang prestasi padangan selepas hubungan intim. Jika anda memberikan pujian tidak mengapa, malah ia baik untuk hubungan. Yang menjadi, masalah sekiranya anda mengkritik dan memberi komen negatif. Walaupun mungkin anda rasa pasangan tidak kisah, tetapi sedikit sebanyak sudah pasti pasangan terasa hati dan akan memberi kesan buruk terhadap hubungan intim suami isteri. Jika ada rasa tidak puas hati, simpan dulu. Tunggu masa yang sesuai untuk membincangkan perkara tersebut. Yang pasti, jangan lakukannya selepas bersetubuh.

5. JANGAN UCAP TERIMA KASIH

Ucapan terima kasih kepada pasangan selepas bersama tanpa sedar akan mewujudkan perasaan tidak puas hati pasangan. Pasangan akan merasa seperti dipergunakan hanya untuk seks (sama seperti pelacur atau gigolo). Daripada berterima kasih atau bercakap tentang prestasi pasangan, lebih baik anda memberitahu bagaimana anda sangat menikmati hubungan seks sebentar tadi. Ini lebih baik daripada mengucapkan terima kasih kepada pasangan, sekaligus menghangatkan lagi hubungan intim anda dan pasangan pada masa akan datang.

BACA JUGA>>>  8 Tip Segarkan Pengalaman Seks Walaupun Sudah Punya Anak Kecil

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda