APABILA badan penat, pantang anak buat hal sikit, mulalah kita melenting sambil mengeluh, “Mak baru balik kerja, tak tahu lagi macam mana nak buat kamu faham, mak penatlah!”

Kata-kata itu secara automatik kita tuturkan tanpa kita sedar hingga jadi kebiasaan. Tetapi tahukah anda mengeluh penat atau apa saja depan anak boleh menjarakkan hubungan kita dengan anak.

1. RASA BERSALAH

Apabila kita mengadu penat, anak akan rasa bersalah dan cuba menjauhkan diri dari kita. Situasi ini tidak baik kepada perkembangan emosi.

2. MERASA JADI BEBAN 

Emosi anak akan jadi tidak stabil kerana anak akan rasa dirinya sebagai beban ibu bapa. Minda separa sedar (subconscious mind) anak akan cuba meringankan beban itu walaupun benda itu boleh memberi mudarat kepada dirinya sendiri.

Contohnya: Anak tanpa sedar akan lebih bergantung kepada kawan-kawan di luar rumah berbanding kita walaupun umur masih muda.

3. ANGGAP TIDAK IKHLAS

Anak boleh rasa energi keikhlasan kita. Mengeluh penat di depan anak hanya menghilangkan rasa percaya anak tentang keikhlasan kita. Dia akan rasa kita menjaga mereka kerana terpaksa.

4. TIMBUL RASA RAGU

Situasi jadi lebih dahsyat kalau sudah timbul rasa ragu dalam hati anak tentang kasih sayang kita kepadanya sebagai ibu bapa. Anak tertanya-tanya kenapa dia dilahirkan ke dalam keluarga dan kenapa dia dilahirkan sebagai beban, bukan sebagai anak yang memberikan cahaya kebahagiaan.

5. TEKANAN EMOSI 

Apabila kita mengeluh penat kepada anak, kita sebenarnya sedang memindahkan beban emosi kepada mereka! Jangan terkejut kalau anak kita pun mula jadi murung, kurang minat bermain dan lebih suka menyendiri.

SUMBER: TaufiqRazif

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda