TAHUKAH anda, puting kosong dapat menimbulkan pelbagai masalah kepada bayi. Tidak dapat dinafikan, ramai ibu bapa menjadikan puting atau soother sebagai cara mudah untuk menenangkan bayi supaya tidak selalu merengek. Asalkan disumbatkan puting, anak boleh tidur nyenyak.

Tetapi sekali dia sudah dibiasakan dengan puting, memang susah pula kita hendak pisahkannya dengan aksesori kesayangan itu. 😛 Malah, puting kosong juga tidak berapa baik untuk kesihatan dan perkembangan anak.

Apa masalahnya?

1. MASALAH GIGI JONGANG 

Banyak doktor gigi tidak mengalakkan kita berikan anak menghisap puting kosong atau jari. Kedua-dua tabiat itu boleh mendatangkan masalah apabila gigi anak mula tumbuh. Puting juga dikaitkan dengan masalah gigi berterabur dan jongang.

2. MASALAH BERCAKAP

Puting kosong juga boleh menyebabkan anak ada masalah percakapan. Jangan ambil mudah OK. Jika puting sentiasa di mulut, anak kita tidak bebas hendak bercakap, sekali gus menyebabkan dia lambat bercakap atau pelat.

3. GANGGU PENYUSUAN BADAN

Puting kosong boleh menggangu penyusuan ibu. Ibu boleh mengalami masalah kurang susu seawal usia bayi sebulan.

4. RISIKO JANGKITAN TELINGA

Penggunaan puting dalam jangka masa panjang menambah risiko jangkitan dari mulut ke tiub eustachia (saluran berisi udara yang menyambungkan telinga dengan bahagian belakang tekak).

5. JANGKITAN PERUT 

Puting kosong berisiko tinggi untuk anak mengidap simptom seperti muntah, demam, cirit-birit dan kolik.


CARA BETUL BERI ANAK PUTING KOSONG

  • Guna puting ortodonik.
  • Pastikan sentiasa bersih (sterilkan).
  • Ganti puting dengan kerap (puting retak, pecah atau lubang boleh dijangkiti kuman).
  • Hadkan masa pengunaan puting.
  • Jangan biar puting kosong jadi tabiat anak.
  • Ceraikan puting daripada anak sebelum gigi mula tumbuh.

Kalau mahu tip hilangkan ketagihan anak hisap puting, boleh klik pautan ini: 5 Cara Hentikan Bayi Ketagih Hisap Puting. Selamat mencuba! 🙂

SUMBER: BabyCentre

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda