LIMA lagi kanak-kanak di Johor positif difteria termasuk kakak kepada kanak-kanak lelaki dua tahun yang meninggal dunia akibat penyakit itu, pada Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata, lima kanak-kanak berusia bawah empat tahun itu antara 52 individu yang pernah berhubungan atau bertemu mangsa dan mereka dikesan hasil saringan dilakukan Jabatan Kesihatan Johor.

BACA>>> Ibu Bapa Tolak Imunisasi, Anak Usia 14 Bulan Meninggal Akibat Jangkitan Difteria

5 MANGSA PUNYA HUBUNGAN SECARA LANGSUNG

“Lima kanak-kanak ini termasuk kanak mangsa berusia empat tahun diperiksa kerana mempunyai hubungan secara langsung dan berada di sekeliling si mati.

“Mereka semua dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam (kelmarin) untuk pengasingan wad selepas mempunyai simptom penyakit berkenaan,” katanya.

Dr Sahruddin berkata, pemberian antibiotik selama 14 hari diberikan kepada semua kanak-kanak itu dan ia akan dianggap berjaya serta populasi normal sekiranya keputusan negatif.

Katanya, jika pemberian ubat itu berkesan, tiga pesakit iaitu dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki akan dibenarkan keluar wad dan pulang ke rumah.

“Ini kerana semua kanak-kanak itu sudah mendapatkan rawatan sejak 19 Februari lalu, (dan) selepas lebih 48 jam dirawat, penyakit itu tidak aktif kepada populasi,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kakak si mati dan seorang lagi kanak-kanak lelaki masih dikuarantin.

HANYA KAKAK MANGSA DIFTERIA TIDAK DIVAKSIN

Beliau berkata, hanya kakak si mati tidak divaksinkan, manakala empat yang lain masing-masing terima vaksin.

Dalam pada itu, katanya, semua kanak-kanak berkenaan positif jangkitan difteria kerana mempunyai hubungan berdekatan kediaman, selain berada di taska.

“Kita semua kena faham, penyakit ini tersebar melalui air liur dan peluh yang mempunyai hubungan secara langsung dengan pesakit.

“Justeru kami melaksanakan saringan termasuk sesiapa yang pernah melawat lokasi tempat mereka tinggal termasuk klinik swasta, kakitangan hospital dan di taska,” katanya.

GAMBAR HIASAN

BACA>>> 5 Salah Faham Tentang Suntikan Vaksin yang Kita Perlu Tahu

Katanya, keadaan kanak-kanak berkenaan stabil, selain memastikan mereka tidak menjangkiti orang lain.

“Apabila kes dilaporkan, kita akan mencari kes-kes positif, jika ada simptom kita lakukan ujian dan rawatan, selain memberikan pendidikan kepada komuniti,” katanya.

SUMBER: Hmetro

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda