KEBANYAKAN perangai anak memang mencabar kesabaran mak ayah bukan? Kadang-kadang kita boleh diamkan aja tapi ada kalanya ada perangai anak yang melampau dan keterlaluan!

Yang keterlaluan ini memang mesti ditegur. Tidak boleh guna alasan ” alahhh..biasa la budak-budak “. Sebab tanpa teguran, perangai tidak elok ini akan melekat dan menjadi perangai kekal dan susah diubah.

5 PERANGAI ANAK YANG KITE MESTI TEGUR DARI KECIL

1. SUKA MASUK BILIK ORANG

Memang anak yang penuh dengan rasa ingin tahu akan sangat suka teroka tempat yang baru. Sifat ingin tahu ini bagus tapi kita kena bimbing sifat itu supaya anak kita boleh teruskan sifatnya tanpa ganggu privasi orang lain.

Ini la adab yang kurang ada pada kanak-kanak zaman sekarang. IQ tinggi tapi EQ dan adab tidak dipeduli.

2. SUKA MENYAMPUK ORANG TUA BERCAKAP

Memang anak yang tengah teruja akan main sembur aja bertanya tanpa tengok masa dan tempat. Suka bertanya itu bagus tapi kalau kita tengah bercakap dengan orang lain pun dia menyampuk, itu boleh jadi masalah.

Kenapa?

Anak yang suka menyampuk ini biasanya suka sangat hendak cari perhatian dan sangat susah lawan perasaan ditolak. Itu la kenapa kalau anak menyampuk, kita kena terus tegur dan bagitahu dia untuk tunggu sampai kita habis bersembang dahulu.

BACA>>>> Doa Penunduk Untuk Anak Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

3. SUKA MAIN KASAR

Jangan pandang ringan kalau anak kita suka tumbuk atau cubit kawan kawannya. Tanpa teguran, sifat ini boleh jadi habit yang kekal dan berterusan sampai remaja dan dewasa.

Teguran itu pula mesti ‘on the spot’. Nampak anak berkasar dengan sepupu dan kawannya, kita kena terus tegur dan ajar dia cara yang betul nak bergaul. Kalau kita cuma ketawa dan anggap ianya permainan semata semata bahkan siap puji puji pula, otak anak kita akan anggap ianya ‘social reward’ dan susah hendak diubah sampai la dia dah besar nanti.

4. BUAT-BUAT TIDAK DENGAR

Kalau anak tidak dengar sebab mengelamun itu lain cerita tapi kalau dia buat-buat tidak dengar dengan sengaja itu namanya POWER PLAY.

Masa ini la anak hendak uji autoriti kita. Mak ayah yang kurang autoriti akan cepat mengalah dan membiarkan anak menguasai dirinya. Lama kelamaan kita akan nampak anak akan semakin degil dan susah dengar cakap. Itulah yang terjadi bila kita kurang autoriti pada anak anak kita sendiri.

5. ANAK TERLALU MEMENDAM

Ada juga anak yang sangat susah menangis. Kalau dia sakit ataupun sedih dia ketap je bibir supaya tidak menangis.

Pernah kan kita dengar falsafah “Boys dont cry”?

Salah sebenarnya falsafah itu. Kita kena bagi signal pada otak anak kita bahawa ianya ok untuk meluahkan emosi terpendam mereka.

Itu la kenapa kalau anak menangis, jangan la duk tengking mereka. Menangis adalah cara anak kita mengekspresi emosi sedih mereka.

Cuma kita kena bantu mereka untuk kawal emosi supaya ianya tidak berubah menjadi amukan dan tantrum. Tengking boleh selesaikan tangisan, tapi parut dan luka psikologinya itu yang akan berpanjangan!

BACA>>>> Ini Tanda Anak Kita Sudah Naik Lemak dan Jadi Raja Kepada Ibu dan Ayahnya

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda