SUAMI kadangkala terlupa, isteri walaupun sudah lebih 10 tahun hidup hidup bersama, dia masih mahu dimanjakan suami. Dia mahu suami menyuapkan makan, memotongkan kuku kaki dan tangan, atau menggosok tubuhnya ketika mandi. Semua itu sudah jarang dinikmati apabila melepasi fasa kematangan rumah tangga.

Turunkan sedikit egomu suami. Tiada ada salahnya memanjakan isteri. Berikut paparan dilema seorang isteri yang patut suami tahu.


1. ISTERI BUKAN ORANG GAJI UNTUK SUAMI

Orang gaji pun berbayar setiap bulan tetapi isteri tidak bergaji. Sudahla tiada gaji, mahu beli itu ini yang tidak seberapa harga pun dikeluhkan suami.

Jadi ingat kaum lelaki, jangan sesekali berkira dengan isteri yang sudah bersusah payah melahirkan anak dan membesarkan mereka.

2. ISTERI BUKAN SEKADAR TEMPAT MELEPASKAN NAFSU

Ketika keluar atau masa-masa lapang, tiada pula si suami hendak bermesra peluk, pegang tangan atau kucup, tetapi apabila mahu berasmara, pandai pula dia buat itu semua.

Kami bukan hanya sekadar tempat suami melepaskan nafsu, tetapi kami mahu dihargai dan disayangi.

3. ISTERI SUKA BERSEMBANG DAN BERCERITA

Suka bercerita itu dan ini, terutama dengan suami. Tetapi apabila suami buat tidak endah, dan telefon di tangan lebih penting daripada melayan isteri, hati kami rasa sedih.

Jika si suami selalu bersikap begini, lama-kelamaan kita juga sudah malas hendak bersembang dengannya. Akibatnya, hubungan komunikasi suami isteri pudar dari semasa ke semasa.

4. JIKA ISTERI CAKAP ‘SAYA TAK SIHAT’ MAKA IA BENAR

Kami tidak mereke-reka cerita jika kami katakan yang kami tidak sihat? Berilah perhatian sedikit kepadanya. Jika suami tidak sihat bukan main beria isteri jaga, suruh berehat dan tidak beri anak ganggu, tetapi apabila isteri sakit, sikit pun tidak ditanya.

Mungkin jika keadaan kesihatan isteri semakin teruk baru percaya. Terserlah sifat tidak ambil berat si suami.

5. ISTERI BUKAN ROBOT

Segala hal anak, rumah tangga dan juga kewangan perlu dibuat serentak. Suami buat hal sendiri seperti tiada isteri dan anak. Tahu-tahu balik rumah untuk tidur dan makan saja. Sudah lupa tentang tanggungjawab mengurus hal rumahtangga sebenarnya di bahu si suami?


Bagaimanapun, tidak semua suami berperangai begitu. Ada juga suami baik yang sentiasa ambil berat, menghargai, dan tunjukkan kasih sayang kepada isteri serta rajin mengurus rumah tangga.

Ingat, selepas diijab kabul, tanggungjawab besar sudah ada di bahu kalian wahai kaum lelaki. Jangan buat isteri senditi menderita. Jika dapat isteri baik, dan taat kepadamu, hargailah dan sayangilah dia selagi nafasnya masih ada.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda