SELAMA ini, suami kita elok saja bergurau senda. Kalau kita merajuk, dia akan segera memeluk dan memujuk. Emosi perempuan bukannya selalu stabil, bila datang anginnya, kita pun hilang pedoman. Marah-marah dan barangkali hari itu terlebih marah.

Rupa-rupanya suami kita terasa hati. Mukut celupar kadang-kadang, sampai suami tidak beritahu yang dia sebenarnya terluka. Mungkin kita tidak sengaja.

Kalau sebelum ini, dia balik tolong mengemas, membasuh dan layan anak, tiba-tiba selepas pergolakan kecil itu, suami tidak lagi ambil peduli. Puaslah kita memikir kesalahan. Tanya pada suami, dia diam. Tidak maklumkan apa yang mengubah tingkah lakunya secara tiba-tiba.

Apa yang patut kita buat???

BACA>>>> ‘Saya Tidak Buat Apa Pun!’ Inilah Sikap Suami Punca Isteri Alami Depresi

5 CARA SELESAIKAN KONFLIK RUMAHTANGGA

1. TENANGKAN DIRI

Bila tiba-tiba suami tidak ambil peduli dan beri respon pada setiap kata-kata kita, jangan terus meroyan di Facebook, WhatsApp atau kongsikan semua keresahan tu pada kawan-kawan.

Bertenang.. ambil nafas dalam-dalam fikir baik-baik. Imbas kembali apa yang kita sudah buat sampai suami jadi marah sangat. Bila sudah jumpa silap kita, susun kata-kata dengan baik agar dapat dijelaskan pada suami nanti.

2. TANYA DENGAN BAIK

Waktu di kamar tidur atau ketika suami sedang bersenang-senang, dekatinya dan tanyakan tentang perubahan sikapnya itu. Kalau suami belum juga memberi respons, jangan marah. Tapi terangkan apa yang anda rasa. Luahkan dengan bijak dan bukannya mendesak.

Katakan, anda sudah buat cara itu suami tetap juga dengan egonya. Ok, jangan panik. Sekali lagi, jangan luahkan kesedihan anda itu di media sosial.

3. MENGADU PADA ALLAH

Ketika dalam solat, anda sebenarnya sedang meminta pada Allah agar dirahmati Nya dan disayangi Nya. Mengadulah pada Nya agar dibukakan pintu kasih sayang Nya. Pertama sekali, jangan diharap yang suami akan berubah, tapi haraplah agar Allah mengampuni diri anda dahulu.

Haraplah kasih sayang Allah dan rahmat dari Nya. Jika doa anda dimakbulkan, Yang Maha Pengasih akan memberi jalan penyelesaian pada konflik yang anda alami.

4. AL-QURAN

Barangkali sebelum ini kita terleka. Dalam meniti bahagia yang diberikan Nya kita terlupa untuk mengucapkan syukur. Mungkin, aturan pertengkaran ini memberi sedikit ruang untuk anda jadi hamba Nya yang tahu mengucapkan terima kasih.

Dekatkanlah diri dengan ayat-ayat Allah. Mungkin anda akan temui jawapan diamnya suami anda itu.

5. AIR MATA JADI SENJATA

Luahkanlah resah hati anda pada suami untuk sekian kalinya. Jika perlu menangis, menangislah.. terangkan pada suami apa yang anda rasa, tanyakan sekali lagi apakah kesilapan yang anda telah buat. Siapa tahu, cara ini berkesan dan suami akan terangkan sebab-sebabnya.

Jika dia suami yang anda cinta, dan anda yang dia cinta, sudah tentu dia tidak kadangkala suami cuma mahu diam

Diamnya suami kadangkala bukannya dia marah, ada hubungan lain atau kecewa dengan anda. Cuma ada satu masa suami cuma mahu diam.

Diam kosong yang tidak membawa apa-apa maksud. Jadi biarlah dia begitu, jangan pula anda desak untuknya berkata. Anda cuma perlu cari kembali dan bangkitkan mood suami.

BACA>>>> Berdua Duaan Dengan Isteri Itu Penting, Suami Jangan Beri Alasan Tidak Ada Masa

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda