GEJALA perut kembung yang menimpa bayi selalu buat kita risau. Si kecil akan rasa sangat tidak selesa, malah ada sampai demam sebab perut kembung. Kepada ibu semua, jom kita amalkan langkah-langkah di bawah ini untuk atasi masalah si manja yang kembung perutnya. 😉

1. TEPUK PUNGGUNG BAYI DENGAN LEMBUT

Tepuk perlahan dan lembut punggung bayi setiap kali selesai menyusu. Caranya, angkat badan bayi dalam posisi menegak dan posisikan kepala bayi pada bahu. Kemudian tepuk-tepuk punggung hingga dia sendawa.

2. GOSOK PERUT SI MANJA

Langkah pertama perlu dibuat, telentangkan tubuh bayi, kemudian sapukan sedikit minyak telon atau minyak kayu putih atas perutnya. Kemudian, gosok lembut perut bayi ikut arah jam. Cara ini dapat buat perut bayi selesa, dan boleh membuang angin dalam perut.

3. BETULKAN POSISI KETIKA MENYUSU

Posisi menyusu salah boleh menyebabkan perut bayi kembung. Ibu perlu pastikan kepala bayi lebih tinggi dari posisi perutnya. Posisi ini akan buatkan bayi lebih mudah sendawa kerana susu akan mengalir terus ke perut, manakala angin dalam perut senang keluar.

4. BUAT BAYI LEBIH AKTIF

Jika bayi yang sudah berjalan atau merangkak, ibu harus merangsang atau mengajak bayi untuk terus bergerak aktif. Jika bayi masih belum berjalan atau merangkak, anda boleh cuba cara ini:

  • Posisikn badan bayi dalam keadaan terlentang.
  • Angkat kedua-dua kakinya.
  • Buat gerakan seakan berjalan (atau seperti mengayuh basikal).
  • Jika dilakukan dengan betul, cara ini dapat membuang angin dan meredakan masalah perut bayi kembung dengan segera.

5. MANDIKAN BAYI DENGAN AIR SUAM

Ini juga cara mengatasi perut bayi kembung, iaitu mandikan dengan air suam. Suhu hangat atau suam terbukti dapat membuatkan perut bayi lebih selesa.

Jom kita cuba dan lihat hasilnya, semoga bermanfaat kepada ibu-ibu di luar sana.

SUMBER: SayangiAnak

2 KOMEN

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda