BAYI baru lahir kerap mengalami sedu. Orang tua-tua cakap itu tandanya bayi sedang membesar. Sejauh mana kebenarannya?

Walaupun tidak bahaya, sedu yang dialami tentu buat si manja tidak selesa. Sedu pada bayi biasanya berlaku ketika bayi menangis semasa menyusu.

Kalau ikut petua orang lama, katanya letakkan sedikit lebihan benang pada baju yang dipakai bayi kemudian dibasahkan dengan air liur ibu atau ayah dan letak pada dahinya.

Tetapi kini selepas ada tisu basah, sedikit cebisan tisu dilekatkan pada dahi bayi. Ada juga cara lain yang boleh menghilangkan sedu bayi.

5 TIP ATASI SEDU:

sedu bayi

1. UBAH KEDUDUKAN BAYI

Ubah kedudukan bayi semasa dia sedang menyusu sampai sedu tersebut hilang.

2. TENANGKAN BAYI

Kadang kala sikap bayi sendiri yang terlalu kelam kabut ketika menyusu menyebabkan udara masuk ke dalam diafragmanya.

Cuba tenangkan bayi supaya dia menyusu tanpa perlu tergesa-gesa. Caranya gosok punggung dengan lembut dan perlahan untuk membuatkan tenang dan sedu bayi akan beransur hilang.

BACA >>> Jangan Ambil Mudah Sendawakan Bayi. Praktik 4 Cara Berkesan Ini…

3. HENTIKAN MENYUSU

Sekiranya anda sudah mencuba dua cara di atas tetapi bayi masih tidak berhenti sedu,  hentikan seketika proses penyusuan.

Sandarkan bayi tegak menghadap anda dengan kepalanya pada bahu anda, lalu tepuk lembut punggungnya. Ia dapat membantu udara dari diafragma ke atas dan menghentikan sedu.

4. PELUK BAYI

Ketika bayi mengalami sedu, cuba peluknya dengan penuh kasih sayang sambil mengusap-usap belakang badannya. Kadang kala cara ini juga dapat menghentikan sedunya.

5. PILIH BOTOL SUSU

Sekiranya bayi anda menyusu menggunakan botol susu, perhatikan keadaan botolya. Adakah botolnya mempunyai lubang pada putingnya.

Sebaiknya pilih botol susu yang dicipta mengalirkan udara keluar serta putingnya mempunyai lubang yang lebih kecil.

SEDU TIDAK BAHAYA

Menurut Lynnette Manzur, seorang ahli paediatrik melalui BabyCenter, anda tidak perlu risau kerana sedu tidak mendatangkan kesan mudarat kepada bayi.

Sedu juga adalah masalah yang biasa di kalangan anak kecil kerana mekanisme kawalan untuk refleks mereka masih belum matang dan impuls saraf boleh disalahertikan oleh sistem tubuh mereka.

Namun, jika bayi anda terlalu kerap tersedu dan disertai dengan batuk dan muntah yang membimbangkan, mungkin ia ada kaitannya dengan masalah refluks gastroesofagal. Jadi, segera berjumpa doktor pemeriksaan lanjut.

BACA >>> 5 Cara Mudah Atasi Masalah Perut Bayi Kembung.

Selamat mencuba!

SUMBER: Petua Ibu

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda