MEMANG susah mahu pisahkan si manja yang sudah biasa hisap puting (soother) sepanjang masa. Jika anak menghisap puting, kita mesti cuba menghentikan tabiat itu sebaik dia berusia 4 tahun. Lebih baik lagi berhenti sebelum giginya sudah mula hendak tumbuh untuk elak sebarang masalah gigi rosak, rongak atau jongang.

Kepada ibu yang tercari-cari cara mudah mahu pisahkan puting dari si manja, boleh cuba tip ini:

1. JAUHKAN PUTING SECEPAT MUNGKIN

Lebih baik kalau kita pisahkan puting daripada anak sebelum dia 10 bulan. Nanti sudah makin besar, makin susah pula kita hendak buangkan puting itu.

Sementara masih belum terlambat, ibu boleh secara perlahan tidak berikan puting kepada anak.

2. HADKAN PENGGUNAAN PUTING

Sekiranya ibu tidak mahu anak ketagih hisap puting, boleh mula dengan mengehadkan masa. Misalnya, beri cuma ketika siang. Pada waktu malam, jangan beri puting kepada dia. Nanti lama-kelamaan si manja akan terbiasa dengan rutin tersebut.

3. ALIH PERHATIAN

Kalau perasan si kecil semacam tercari-cari puting, cuba alih perhatian si manja dengan aktiviti lain.

Ajak dia bermain, menonton video kegemaran atau bawa si manja keluar berjalan-jalan. Lama-kelamaan, si manja boleh lupa pasal puting kesayangannya itu.

BACA>>>>5 Cara Bedung Bayi (Usia Sebulan ke Bawah Paling Sesuai Bedung Anak)

4. TETAPKAN PENDIRIAN

Fasa permulan mahu pisahkan si manja dengan puting boleh jadi sangat sukar. Apa tidaknya, anak pasti asyik merengek dan menangis minta diberikan puting.

Kita jangan panik kalau anak menangis. Sesekali memang kena keringkan hati untuk pastikan misi menjauhkan puting daripada si manja tercapai.

5. GUNA CARA JAHAT

Cara ini lebih mudah, gunakan strategi jahat untuk pastikan si manja tidak mahu lagi hisap puting. Ibu boleh cuba letakkan benda yang tidak sedap atas puting si anak. Contohnya, titiskan air lemon atau air limau pahit supaya si manja serik dengan puting yang tidak sedap itu. Pastikan bahan digunakan selamat untuk si manja.

Selain itu, kita juga boleh gunting sedikit permukaan puting supaya si manja rasa tak selesa seperti selalunya. Walaupun cara ini agak jahat, tetapi memang efektif untuk menjauhkan puting daripada si manja. Selamat mencuba! 😉

BACA>>>>5 Tip Mudah Ajar Anak Supaya Tidur Sendiri Tanpa Perlu Menyusu

SUMBER: SayangiAnak

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda