MEMBEDUNG atau membungkuskan badan bayi dengan kain ialah cara klasik yang diamalkan zaman berzaman dari dulu hingga sekarang untuk mengelak si manja kesejukan atau terkejut ketika tidur. Ada yang mengatakan, amalan membedung dapat meluruskan bentuk kaki bayi. Betulkah?

Apapun alasan diberikan, usia paling sesuai membedung bayi adalah ketika dia berusia sebulan dan ke bawah. Selepas usia itu, bayi tidak perlu lagi dibedung kerana dapat mengganggu perkembangan si kecil yang sudah mula dapat bergerak.

KELEBIHAN BEDUNG BAYI

  • Tidur lebih nyenyak
  • Tenangkan bayi menangis
  • Menjaga suhu badan supaya stabil
  • Elak bayi terkejut disebabkan refleks badan

5 CARA BEDUNG BAYI

1. PASTIKAN SELESA DAN SELAMAT

  • Sebelum membedung, pastikan bayi sudah kenyang dan dalam keadan kering.
  • Pastikan kain yang digunakan bersih, lembut, dan selamat untuk bayi. Jika kain terlalu tebal, bayi akan rasa rimas dan panas.
  • Bentangkan kain atas permukaan rata.

2. MULAKAN DENGAN LIPATAN

  • Lipatkan sudut atas kain ke bawah kira-kira 15sm (untuk letak kepala bayi).
  • Letakkan bayi atas lipatan tadi.
  • Pastikan leher bayi separas lipatan atas itu.

3. LIPATAN SEBELAH KANAN

  • Angkat tangan kanan bayi.
  • Tarik bahagian kiri kain ke atas tangan kanan dan balut ke seluruh tubuh.
  • Kemudian, masukkan kain di bawah tangan kiri.
  • Golekkan bayi ke sebelah kiri untuk balut lebihan kain.

4. LIPATAN SEBELAH KIRI

  • Luruskan tangan kiri bayi ke sisi badannya.
  • Tarik sudut bawah kain hingga ke atas bahu kiri bayi.
  • Lipat kain tambahan di tangan kiri bayi.

5. LANGKAH AKHIR

  • Kemaskan sudut kanan yang longgar.
  • Tarikkan kain ke hadapan bayi.
  • Golekkan bayi ke kanan supaya kita boleh balutkan kain di bahagian belakang bayi.

Ibu jangan pula bedung bayi terlalu ketat ya! Risau bayi boleh lemas dan susah untuk bernafas. Selamat mencuba! 🙂

SUMBER: BabyCentre

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda