SEBAGAI ayah, sudah tentu calon menantu wajib memenuhi beberapa kriteria asas sebelum layak menikahi anak gadisnya. Penat lelah si ayah menjaga dan membesarkan anak perempuannya bagai menatang minyak yang penuh, sudah tentu dia mahu anak kesayangannya tidak disia-siakan menantu lelaki tak guna (terlebih sudah).

Sebenarnya ayah ini bukan minta pun ditaburkan jongkong emas, cuma dia mahu pastikan anak perempuannya dibimbing ke jalan yang lurus dan penuh keberkatan supaya tidak sengsara di kemudian hari. Agaknya apakah kriteria calon menantu lelaki pilihan:

1. SOLAT 5 WAKTU

Solat ialah tiang agama sebagai seorang Islam. Jangan cakap kosong saja, kononnya janji sehidup semati ’till jannah’. Tetapi kalau solat sendiri pun tunggang terbalik, mahu ’till jahanam’ jadinya.

Seorang ayah mahu menantu lelaki yang mampu menjaga hubungan dengan Tuhan. Ini barulah boleh diharapkan menjaga anak daranya. Jika belum cukup solat 5 waktu, jangan berani datang meminang anak ayah OK!

2. ILMU AGAMA 

Ilmu agama ialah asas penting bagi seorang ketua keluarga untuk membimbing isteri dan anak-anak ke syurga. Ayah sudah pasti tidak mahu melepaskan anak gadis kesayangan kepada lelaki yang tidak ambil tahu hal agama.

Macam mana mahu membimbing isteri dan anak ke syurga kalau menantu tidak tahu langsung bab agama? Bagaimana pula menantu yang sentiasa berusaha untuk perbaiki diri dan cuba berubah kearah kebaikan?

Yang ini, ayah boleh pertimbangkan asal ada usaha.”

3. BERTANGGUNGJAWAB

Mesti ada tanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga. Seorang lelaki yang menjaga kedua-da orang tua mereka dengan baik, pasti akan menjaga isterinya dengan baik.

Kalau tiada tanggunggjawab, bagaimana mahu diharapkan menjaga anak gadis ayah dengan baik? Semua ayah tidak mahu melihat anaknya disakiti dan diabaikan suami.

4. RAJIN BEKERJA

Walaupun tanpa ijazah kedoktoran atau sarjana, menantu lelaki itu biarlah rajin bekerja. Bukannya sendiri mahu kahwin tetapi masih mengharapkan duit emak ayah. Tidak mungkin ayah akan melepaskan anak gadisnya kepada menantu yang tidak bekerja dan tahu goyang kaki saja.

Katanya, kasih sayang boleh bawa bahagia hingga ke anak cucu.

Cuba bawa kasih sayang kamu pergi supermarket, tengok apa barang boleh beli? Kalau anak kami sakit, macam mana nak bawa pergi hospital kalau duit pun tak ada”?

5. AKHLAK BAIK

Calon menantu lelaki mesti memiliki akhlak baik. Biarlah cakapnya bersopan santun, tahu menjaga adab, melayan orang tua dan menghormati orang lain. Jika calon menantu berperangai baik, sudah tentu ayah mertua sayang.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda