Artis yang mempunyai anak hasil daripada ibu tumpang bukanlah satu yang pelik dan aneh. Walaupun ada yang tidak faham kenapa mereka memilih ibu tumpang, namun, mereka punya alasan tersendiri.

Berikut adalah beberapa artis popular di Bollywood dan Hollywood yang melakukannya semua pasti kenal.

APA ITU IBU TUMPANG?

Ibu tumpang ialah wanita yang diupah untuk mengandung dengan memasukkan embrio hasil pencantuman sperma dan ovum.

Selepas wanita tersebut bersalin, dia perlu menyerahkan anak tersebut pada pasangan yang sebenar. Dalam Islam, perbuatan ini tidak dibenarkan, namun di sebahagian negara Barat, ia dilakukan untuk membantu mana-mana pasangan yang bermasalah. Jom tengok siapakah artis yang mempunyai anak dari ibu tumpang!

BACA>>> PCOS Punca Wanita Sukar Hamil? Doktor Ini Kongsi Tip untuk Hamil

1. SHAHRUKH KHAN

Anak bongsu Shahrukh Khan, Abram, lahir hasil daripada ibu tumpang pada Mei 2013. Isterinya, Gauri telah melahirkan dua anak mereka Suhana dan Aryan. Keputusan mengambil ibu tumpang dilakukan selepas cuba hamil lagi tetapi gagal.

Khabarnya, pada awalnya pasangan ini merancang untuk mengambil anak angkat tetapi akhirnya memilih ibu tumpang.

Kehadiran Abram disambut dengan penuh sukacita oleh Gauri dan Shahrukh Khan. Abram mengisi kekosongan pasangan itu kerana Suhana dan Aryan sudahpun dewasa dan tinggal berjauhan.

Bahkan, ada khabar angin mengatakan bahawa tindakan Gauri untuk mendapatkan anak agar Shahrukh Khan duduk di rumah dan meninggalkan skandalnya.

2. AAMIR KHAN

Secara terang-terangan, Aamir Khan dan isterinya Kiran Rao mengakui mereka mempunyai anak dari ibu tumpang. Azad lahir pada Desember 2011 selepas Kiran mengalami keguguran dan komplikasi rahim, sehingga membuatnya sukar untuk hamil.

Dari pernikahan sebelumnya dengan Reena, Aamir Khan telah memiliki dua anak bernama Junaid dan Ira. Namun, Azad menjadi anak yang istimewa bagi Aamir Khan kerana dia lahir setelah penantian yang lama.

Bahkan, pelakon filem 3 Idiots ini juga mendorong pasangan lain yang memiliki kesulitan punya anak untuk mengikuti jejaknya. Aamir Khan merasa sangat bersyukur akan kehadiran Azad.

3. SALMAN KHAN

Pelakon berusia 52 tahun ini sudah lama ingin mempunyai anak sendiri. Namun, prinsip hidupnya yang tidak mahu berkahwin membuat keinginan itu tidak dapat ditunaikan.

Lalu, didorong oleh permintaan ibu bapanya yang inginkan cucu dari Salman Khan, memutuskan untuk mengambil ibu tumpang. Iaitu meminjam rahim ibu pengganti untuk mengandung dan melahirkan anaknya.

4. MICHEAL JACKSON

Mendiang Michael Jackson adalah antara yang mempunyai anak hasil daripada ibu tumpang. Pernah dua kali menikah dan dua kali bercerai, tidak mematikan impiannya untuk menjadi seorang ayah.

Bekas isterinya, Debbie, mengalami komplikasi ketika melahirkan anak kedua mereka, akibatnya tidak bisa hamil lagi.

Micheal Jackson dikurniakan 2 anak iaitu Michael Joseph Jackson Jr pada 1997 dan Paris Michael Katherine Jackson pada 1998. Anak ketiganya,  Prince Michael Jackson II lahir pada 2002 melalui ibu tumpang bernama Helena.

BACA>>> 15 Sebab Mengapa Wanita Gagal Hamil

5. CHRISTIANO RONALDO

Pemain bola, Christiano Ronaldo juga memilih ibu tumpang untuk memiliki anak. Anak kembar yang lahir dari ibu tumpang bernama Eva Maria dan Mateo lahir pada 8 Jun 2017.

Anak pertamanya yang bernama Christiano Jr juga khabarnya lahir dari rahim ibu tumpang. Namun Ronaldo menafikan.

Selain tiga anak yang lahir dari ibu tumpang, Ronaldo mempunyai anak dengan kekasihnya Georgina Rodriguez.

SUMBER: TheAsianParent

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda