GAYA hidup sihat banyak membantu kita mengelakkan daripada mendapat masalah kesihatan dalaman pada masa akan datang termasuklah masalah nyanyuk.

Walaupun masih tiada rawatan yang disahkan membantu merawatnya. Namun, ada cara yang boleh kita lakukan bagi mengelakkan daripada mendapat nyanyuk ataupun pelupa ketika usia sudah meningkat kelak.

Ini kami kongsikan tipnya, semoga bermanfaat buat semua!

BACA>>> Doktor: Senaman Kegel Lagi Berkesan daripada Sengkak Rahim yang Jatuh

Walaupun setakat ini, masih tiada lagi rawatan untuk merawat masalah nyanyuk dan pelupa (Dimentia), namun para saintis telah mengenalpasti beberapa faktor yang boleh melindungi diri kita dari mengalami masalah ini.

Lakukan perkara-perkara ini terutama bagi mereka yang sudah ada masalah kesihatan, masalah ingatan dan ada sejarah keluarga yang ada masalah mental.

5 TIP MENGELAKKAN DIRI DARI MENDAPAT MASALAH NYANYUK DAN PELUPA DI WAKTU TUA

1. SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL

Senaman dapat mencegah diri mendapat penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, kanser kolon, kanser payudara, dan masalah berkaitan kesihatan mental seperti sukar untuk tidur (insomnia), anxiety, dan kemurungan (depression).

Dalam jangka panjang ia dapat mengelakkan diri dari penyakit nyanyuk dan pelupa (dementia).

Malah dalam beberapa kajian menunjukkan dengan melakukan senaman atau aktiviti fizikal yang ringan secara istiqamah dapat membantu memulihkan masalah ingatan yang lemah bagi mereka yang telah pun mengalami masalah ingatan.

Lakukan aktiviti berjalan kaki dan senaman ringan seperti Senaman Melayu Tua sudah mencukupi bagi mereka yg telah berusia dan mempunyai masalah kesihatan.

Senaman amat penting bagi mereka yang mempunyai risiko mengalami penyakit Alzheimer’s ketika waktu tua kerana mempunyai genetik APOE4 gene variant.

2. MEDITERRANEAN DIET

Sebagai orang yang tinggal di nusantara, agar sukar untuk kita mengamalkan Diet Mediterranean. Namun, kita masih boleh mengamalkannya dengan mengambil ciri-ciri diet ini ke dalam pemakanan kita.

Antara yang mumgkin kita boleh tambah dalam pemakanan kita yang menyerupai Diet Mediteranean adalah tambahkan pengambilan buah2an, sayur2an, snek yg bersumberkan bijiran penuh (whole grains), kekacang (beans dan nuts) dan bijiran (seeds).

Selain itu tambahkan pengambilan minyak zaitun dan banyakkan makan ikan (berbanding daging merah), susu dan tenusu (seperti yogurt dan keju). Pemakanan sihat ini terbukti dapat mengelakkan penyakit jantung, dan merendahkan risiko mendapat penyakit kanser dan dementia.

3. TIDUR BERKUALITI

Mendapat tidur yang berkualiti sangat diperlukan oleh tubuh. Dalam banyak kajian, tidur selama enam hingga lapan jam sangat penting untuk fungsi otak kerana proses pembelajaran dan mengingat dapat disimpan dalam otak semasa tidur.

BACA>>> Sukar Hamil? Cuba 5 Posisi Yoga Ini Bantu Meningkatkan Kesuburan Wanita

4. LATIHAN MINDA

Banyak kajian mendapat mereka yang aktif melakukan latihan minda seperti membaca, menulis, melakukan permainan silang kata dan soduku, dan yang melakukan perbincangan sihat sesama rakan dapat mengekalkan kekuatan minda dan ingatan apabila semakin berusia.

Saya melakukan aktiviti membaca dan menghafal di awal pagi sebelum dan selepas solat Subuh.

5. HUBUNGAN SOSIAL

Hubungan sosial sesama keluarga dan rakan dapat memberikan kesan baik pada kesihatan kita apabila kita semakin berusia.

Banyak kajian mendapati mereka yang mengalami kemurungan (depression) dan masalah mudah lupa biasanya adalah mereka yang rasa keseorangan.

Cari rakan2 yang memahami dan membantu. Ia akan merendahkan tekanan perasaan (stress) dan menggembirakan kita. Ini mengelakkan kita mengalami masalah mental.

Masalah nyanyuk dan pelupa adalah masalah yang semakin serius. Ramai mereka yang berusia seawal 40an mula mengalami masalah ini tanpa mereka sedari.

SUMBER: Dr Zubaidi Ahmad

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda