MELUANGKAN masa melakukan terapi bermain sambil belajar dengan anak banyak membantu proses perkembangan mental mereka. Namun, ibu bapa sering mengalami masalah untuk mendapatkan masa yang berkualiti bersama si kecil. Antara keluhan ibu bapa, anak tidak seronok bermain, anak lari ketika mula hendak mengajar, anak tidak suka belajar, dan asyik merengek saja.

Ingat, ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan kualiti masa ketika bermain bersama anak terganggu tanpa kita sedar. Jom cuba perbetulkan kesilapan dengan mengamalkan beberapa tip terapi sambil belajar di bawah ini supaya anak kekal seronok bersama kita:

1. SUSUN KEDUDUKAN MEJA DAN KERUSI (TEMPAT BELAJAR)

Persekitaran ceria, dan selamat adalah paling penting supaya tidak menganggu terapi. Contohnya, susun atur meja dan kerusi. Anda perlu letak meja dan kerusi di tempat yang sesuai. Bukan di depan televisyen! Ini kerana fokus anak akan terganggu dan tidak dapat beri tumpuan terhadap apa yang diajar.

2. UBAH POSISI IBU BAPA DAN ANAK

Kedudukan anda juga memainkan peranan penting. Anda perlu duduk dalam kedudukan L shape atau mengadap anak. Seterusnya, pastikan aras pandangan mata atau eye level position yang betul sepanjang proses terapi.

Contohnya, jika anak duduk atas kerusi kecil, anda mungkin boleh duduk atas lantai supaya pandangan anda sebaris dengan paras mata anak. Boleh juga duduk atas kerusi, tetapi perlu rendahkan posisi badan supaya saling bertatapan mata sendiri dengan mata anak ketika bermain.

Jika anak suka bergerak, anda boleh cuba cara ‘block’. Letak meja dan kerusi anak di penjuru bilik supaya anda boleh kawal kedudukan mereka. Jika anda tidak guna meja dan kerusi, pilih kawasan yang tiada objek yang boleh menjejaskan fokus anak.

3. KAWAL MAINAN DIBERIKAN KEPADA ANAK

Kawal mainan yang mahu anda berikan kepada anak. Objek mainan untuk pembelajaran ingin mesti dikeluarkan satu-persatu. Tidak perlu keluarkan semua mainan serentak kerana ini dapat mengalih tumpuan anak mereka. Sorokkan mainan yang tidak perlu, termasuk sebarang objek yang mampu menghilangkan tumpuan.

Contohnya, gajet berupa telefon pintar, makanan atau minuman (susu). Walaupun nampak remeh, tetapi percayalah, semua itu mampu mengalihkan fokus anak sekelip mata.

4. JAGA MOOD ANAK

Penting menjaga mood anak. Pastikan mereka kenyang dan dapat masa tidur mencukupi. Tanpa tidur yang cukup dan kelaparan, kanak-kanak jadi mudah meragam. Selamat mencuba!

SUMBER: AishahKassim

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda