BIASANYA selepas mengalami keguguran, pasangan pasti mahu segera mendapatkan zuriat. Lagi-lagi apabila bayi atau janin yang keguguran ialah kehamilan pertama.

Jangan mudah putus asa, keguguran tidak bermakna anda tidak boleh hamil lagi dalam tempoh terdekat. Kita hanya perlu tahu cara memulihkan rahim dengan cepat selepas keguguran.

Berikut cara cepat untuk menyembuhkan rahim selepas keguguran:

1. UBAT HERBA

Jika anda pencinta herba, tidak salah mengamalkan makanan herba yang baik untuk kesihatan rahim. Ada banyak ramuan herba yang boleh digunakan. Salah satunya ialah daun rasberi merah dan buah ceri. Kedua herba ini kaya dengan nutrisi seperti zat besi dan kalsium yang mampu memulihkan rahim dengan cepat.

2. TUAM PERUT DENGAN AIR PANAS

Selepas melahirkan atau keguguran, biasanya wanita akan mengeluh kesakitan pada bahagian bawah perut. Rasa sakit itu sering berlaku hingga kadangkala tidak boleh ditahan. Jadi, bagi menghilangkan kesakitan, boleh tuamkan perut menggunakan air panas apabila perut mula sakit.

3. BANYAK MINUM AIR MASAK

Salah satu kesan keguguran ialah tubuh akanjadi mudah penat dan letih kerana seluruh tenaga dan cairan dalam tubuh sudah dikeluarkan. Banyakkan minum air masak bagi memulihkan keadaan badan. Boleh juga minum air kelapa muda sebagai rutin.

4. KAWAL TEKANAN

Fikiran akan mengaruhi kesihatan seseorang. Jika mengalami stres tinggi, tubuh akan sukar sembuh dengan sendiri. Jadi, lebih baik anda mengawal tekanan dengan baik selepas keguguran supaya mental dan fizikal lebih tenang.

SUMBER: DoktorSehat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda