ANAK saya baru 1 tahun 8 bulan tapi asyik merengek bila pakai lampin. Adakah itu tanda dia tak mahu pakai lampin lagi,“?

Persoalan ini selalu jadi dilema ibu bapa yang masih keliru sama ada perlu atau tidak  tukarkan lampin pakai buang jenama lain atau sebaliknya.

Jangan risau, jika tiada tanda penyakit, mungkin itu tanda dia sudah tidak mahu guna lampin pakai buang lagi. Jadi tibalah masa kita melatih dia ke tandas.

1. SEDAR APABILA LAMPIN BASAH ATAU KOTOR

Anak mula gelisah dan daoat tahu sendiri bilakah lampin pakai buang digunakan sudah basah atau kotor selepas buang air. Mereka biasanya akan minta kita tukarkan lampin pakai buang.

2. MEMBERITAHU JIKA INGIN KE TANDAS

Jika anak mahu buang air kecil dan besar, mereka akan beritahu terlebih dahulu. Itu tandanya kita sudah perlu membiasakan dia ke tandas untuk buang air kecil atau besar.

Baca: Cara Ajar Anak Buang Air Guna Potty Siap Sedia Ke Tandas

3. MULA TERTARIK KE TANDAS

Jika anak masih tidak tahu bercakap, biasanya cara dia memberitahu kita ialah kerap bawa kita ke tandas apabila mahu buang air. Jadi, sudah tiba masa kita ajar mereka tentang cara buang air yang sepatutnya.

Nota: Boleh belikan anak bekas najis atau mangkuk tandas kecil (potty) yang terdapat banyak jenis dan corak untuk ajar mereka buang air sendiri.

4. TIDAK MAHU MEMAKAI LAMPIN PAKAI BUANG

Ini salah satu tanda yang mudah disedari ibu bapa. Anak akan menolak untuk dipakaikan lampin atau mungkin sering kali mengadu tidak selesa pada bahagian alat sulitnya.

Jika kita dapati anak tiada ruam, tetapi masih mengadu tidak selesa, itulah tanda dia tidak mahu lagi pakai lampin. Bersedialah ajarkan dia perlahan-lahan tentang cara bagaimana menggunakan tandas.

SUMBER: Family.Fimela.Com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda