KETIKA berpuasa ramai terlupa mengamalkan makanan berkhasiat supaya badan dapat cukup nutrien yang diperlukan badan ketika berbuka dan sahur.

Kekurangan vitamin boleh memberikan kesan buruk terhadap badan. Jadi, untuk mengelak gejala kekurangan vitamin, anda disarankan menjaga pemakanan sepanjang Ramadan.

Berikut beberapa tanda badan kita mungkin kekurangan vitamin, termasuk jenis makanan yang disyorkan diambil.

1. PENGLIHATAN KABUR – KURANG VITAMIN A

Ketika berpuasa ramai tidak sedar badan kita kekurangan vitamin A. Gejala seperti penglihatan kabur, kulit kering dan sesak nafas ialah ciri dan gejala yang menunjukkan badan kita kekurangan vitamin A.

Bagi mendapatkan vitamin A sepanjang Ramadan kita boleh mengambil banyak sayuran berwarna cerah seperti sawi. Juga makan telur, minum susu dan mengambil makanan tambahan yang ada vitamin A (atas nasihat doktor).

2. RAMBUT GUGUR DAN CIRIT-BIRIT – KURANG ZINK MINERAL

Ketika berpuasa mungkin ada kalangan kita mengalami masalah rambut gugur berlebihan dan cirit-birit ketika puasa, itu tanda badan kita kekurangan zink mineral. Zink Mineral sangat diperlukan badan yang berfungsi mengawal nafsu makan, mengurangkan tekanan dan sistem kekebalan badan.

Antara gejala kurang zink mineral ialah berat badan menurun dan luka sukar sembuh ketika berpuasa. Bagi mendapatkan zink mineral yang baik, kita boleh mengambil makanan seperti daging, hati ayam atau lembu, labu dan sayur bayam.

3. KAKI KEBAS – KURANG VITAMIN B

Salah satu tanda kekurangan vitamin ketika berpuasa apabila kita diserang kaki kebas pada mana-mana bahagian tertentu dalam badan, tetapi biasanya pada kaki dan tangan, dikenali neuropati perifer. 

Gejala ini disebabkan kekurangan vitamin B, terdiri daripada vitamin B6, B9, B12, dan vitamin E yang sangat penting untuk badan.

4. BIBIR PECAH – KURANG VITAMIN C

Bibir pecah memang sering berlaku ketika berpuasa dan kita sering menganggap itu ialah tanda kurang air. Sebenarnya, itu tanda badan kita kekurangan vitamin C yang boleh menyebabkan bibir pecah, kulit pucat dan mood berubah.

Jadi, untuk mendapatkan vitamin C yang cukup untuk badan, kita boleh mengambil buah seperti limau dan betik. Kita juga boleh amalkan pengambilan sayuran seperti kentang, brokoli, sayuran hijau dan ubi.

Jumlah vitamin C diperlukan badan setiap hari ialah 75mg untuk wanita dan 90mg, lelaki.

SUMBER: HelloSehat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda