RAMAI ibu hamil kali pertama sering dimomokkan dengan cerita-cerita mengerikan tentang proses bersalin hingga mendatangkan ketakutan terutamanya apabila berhadapan dengan proses jahitan pada koyakkan bersalin.

Berikut adalah penerangan Dr Muhammad Izzat tentang tahap koyakkan mengikut jenis dan bagaimana cara ia dijahit semula, untuk rujukan dan panduan bakal ibu di luar sana.

BACA>>> Amalkan Senaman Dan Urutan Ini Elak Koyakkan Teruk Ketika Bersalin

Nah doktor, amek mesin jahit jenama Singer ni, jahit bini saya elok-elok!”

4 TAHAP KOYAKKAN BERSALIN

Secara ringkas boleh saya huraikan luka atau koyakkan bersalin terbahagi kepada 4 jenis:-

Tahap 1 – Luka pada kulit ataupun luka sedikit pada lapisan dalam faraj.

Tahap 2 – Luka melibatkan otot dalam, tapi tidak melibatkan otot injap pada lubang dubur.

Tahap 3 – Bila luka sudah melibatkan koyakkan otot injap dubur (sama ada external atau internal sphincter)

Tahap 4 – Luka melibatkan koyakan injap otot dubur dan bahagian dubur yang lebih dalam (anorectal mucosa)

BAGAIMANA IA DIJAHIT SEMULA?

Maka lepas beranak, doktor atau misi akan tengoklah dulu luka itu jenisnya bagaimana. Yang mana misi boleh jahit, dia akan jahit. Cuma yang susah-susah itu, misi akan roger doktor untuk menjahitnya.

Koyakkan tahap 3 dan tahap 4 ini dikelaskan sebagai koyakan teruk sebab melibatkan lubang dubur. Yelah, lubang dubur kan kotor, bakteria banyak di situ. Kalau tidak dijahit dengan berhati-hati kuman boleh tersebar pada luka, lambat baik dan boleh terjadi jangkitan kuman pula.

Nak ‘repair’ koyakkan tahap 3 dan 4 biasanya saya buat di dewan bedah. Bius separuh badan diberikan, so, pesakit akan bertenang dan relaks. Otot-otot dubur yang koyak itu pun akan kurang regang. Maka, proses menjahit akan jadi lebih senang dan cantuman luka koyak boleh dibuat dengan teliti. Tidak adalah insiden tendang menendang doktor masa menjahit itu kan?

Antibiotik pun akan diberikan sebelum proses menjahit dilakukan.

BACA>>> Benarkah Ibu Hamil Amal Minyak Kelapa Dara (VCO) Bebas Guntingan Dan Jahitan?

TAHAP 1 DAN 2 JUGA DIBIUS

Untuk koyakan tahap 1 dan 2, biasanye misi akan jahit untuk cantumkan otot dangan otot, kulit dengan kulit. Dengan bahasa mudah, nak jadikan faraj itu nampak seperti asal sebelum koyakan bersalin. Nak jahit koyakan tahap 1 atau 2 pun, misi bagi juga bius, tapi bius ini namanya bius setempat (bius dicucuk pada tempat koyak sebelum dijahit), tidak ada jahit hidup-hidup. Tipu sangat!

Maka, konsepnya mudah jahitan koyakkan bersalin ini untuk menjadikan perineum dan faraj kembali kepada keadaan asal, tidak mengira berapa banyak jahitan ataupun jenis jahitan – tulang belut, sembat susup, jahitan guni, jahitan tepi dan seumpama dengannya.

Asalkan perineum itu bercantum semula dan nampak luaran macam faraj atau vagina sudah lebih dari cukup.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda