HAMIL bukan alasan untuk tidak bersenam langsung. Rasa malas dan badan yang mula membusung berat ialah antara faktor paling utama kenapa ramai ibu hamil memilih untuk tidak buat apa-apa senaman.

Sebenarnya, tempoh hamil ialah masa sangat sesuai untuk bersenam kerana dapat membantu proses bersalin nanti. Tapi janganlah bersenam sampai memudaratkan diri pula. Boleh saja bersenam cara mudah dan ikut kemampuan masing-masing.

Senaman ketika bersalin bukan untuk turunkan berat badan OK. Tetapi dibuat untuk kekal cergas, sihat dan ada stamina ketika bersalin kelak.

1. BERENANG

Kolam renang dan aerobik air ialah salah satu cara senaman terbaik ketika hamil. Perut berat dan pergelangan kaki bengkak tidak menjadi masalah kerana kita sedang berada dalam air.

Tetapi hati-hati, takut lantai licin atau kaki kejang ketika berenang. Pastikan ada peneman!

2. KARDIO IMPAK RENDAH 

Apabila perut mula membesar, kita mungkin mula tidak larat berlari kerana sendi cenderung mengalami kecederaan. Jadi, cari alternatif senaman lain dengan menggunakan alatan kardio impak rendah seperti mengayuh basikal pegun.

3. ANGKAT BERAT

Angkat berat boleh dibuat mengikut kesesuaian berat alatan atau dumbbell itu. Cara paling selamat, kurangkan berat dumbbell sambil buat senaman ringan. Berhati-hati ketika mengendalikan dumbbell itu.

4. YOGA

Yoga ialah satu lagi senaman impak rendah yang sesuai untuk wanita hamil. Selain kesan kepada fizikal, yoga juga dapat mengurangkan tekanan kerja dan mengawal emosi. Dengan perut semakin membesar, sudah pasti kita akan bermasalah melakukan regangan. Jadi, buatlah ikut kesesuaian diri.

Selamat mencuba!

SUMBER: Famifi.Com 

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda