IBU BAPA sering menyalahkan anak apabila tidak memberikan fokus kepada pembelajaran dan apabila diajar tidak suka serta malas. Mulalah kita bertindak garang, kadang-kadang apabila hilang sabar, maka, dipukul dan ditengking.

Sebab itulah, anak jadi makin malas belajar. Pandang pada diri kita, apa kesilapan yang kita lakukan hingga anak jadi hilang dan malas belajar? Ibu bapa adalah guru terbaik untuk anak-anak.

Elakkan 4 kesilapan ini yang tidak dinafikan ramai ibu bapa pernah buat. Berubah belum terlambat. Semoga perkongsian Pakar Motivasi Keibubapaan, Ibu Rose ini memberi manfaat untuk ibu bapa semua.

***Status di bawah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa menjejaskan maksud sebenar kandungan asal. Harap maklum.


BAGAIMANA SEORANG ANAK HILANG MINAT BELAJAR

Alhamdulillah, dengan izin Allah, pengalaman lebih daripada 25 tahun mengendalikan program motivasi dan skil belajar untuk pelajar, Ibu belum berjumpa seorang kanak-kanak pun atau individu yang tidak suka belajar.

Kita ini secara naluri memang suka belajar. Sebab itu adalah perkara penting untuk kita punyai supaya kita boleh terus hidup di dunia ini.

Yang kita tengok kanak-kanak tidak suka belajar, sebenarnya bukan mereka tidak suka belajar. Mereka suka belajar, cuma bagaimana cara mereka diajar itu yang menyebabkan mereka hilang minat untuk duduk di situ dan mendengar apa yang dikatakan.

1. SEMUA JAWAPAN DIBERI

Anak hilang minat belajar bila semua jawapan diberi.

2. TIADA ELEMEN EXPLORING

Anak hilang minat untuk tahu bila tidak ada elemen ‘exploring’. Semua data disumbatkan ke dalam otak yang sudah tepu kerana tiada ruang untuk mengkaji, mencari jawapan sendiri.

3. SELALU DIANGGAP BODOH

Anak hilang minat belajar, bila kesilapannya sering dicanang-canangakan, dihukum keras, ditengking dan dianggap b***h.

4. MINDSET SETIAP KALI BELAJAR AKAN DIMARAH

Anak benci belajar, bila dia telah mengaitkan belajar adalah masa dia dimarah, dia dikutuk, dia ketawakan!

Dan anak menjadi layu untuk belajar bila terlampau selalu SEMASA DIA KECIL, dia dilarang untuk membuat itu dan ini. Suis kemahuannya, ‘desire button’ menjadi rosak. Bila tiada kemahuan dari dalaman, maka anak itu akan hanya suka tidur atau makan atau kedua-duanya sekali.

Terlalu banyak tidur adalah kerana mahu lari dari realiti. Terlalu banyak makan, kerana dia berasa kosong di dalam dirinya. Kerana semua perkara dia tidak boleh lakukan.

Namun, anak ini boleh dipulihkan kembali. Suis Kemahuannya boleh berfungsi kembali!

Love you,
Ibu Rose

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda