BAYI pramatang sememangnya dilahirkan dengan keadaan kurang berat badan. Cabaran utama ibu selepas bersalin adalah untuk mendapatkan berat badan ideal buat si anak.

Walaupun susu ibu adalah yang terbaik buat anak kecil. Namun, tidak semua ibu mempunyai peluang yang sama. Bagi ibu, yang mempunyai masalah susu ibu kurang mungkin boleh memilih pilihan susu formula khusus untuk mereka.

Berikut adalah 4 jenis susu formula yang dirumus khas buat bagi membantu meningkatkan berat badan anak anda.

BACA>>> Mana Satu Paling Bagus? Kami Senaraikan 7 Susu Formula Terbaik Untuk Bayi

4 JENIS SUSU UNTUK BAYI PRAMATANG

1. SIMILAC NEOSURE

Bayi pramatang dilahirkan awal sebelum due date jadi tubuhnya perlu bekerja keras untuk mengejar berat badan ideal.

Bagi menyokong perkembangannya untuk tahun pertama, ibu boleh memberikannya Similac Neosure yang diperkayakan dengan nutrisi yang bagus untuk bayi pramatang.

Antara kelebihan lain susu untuk bayi pramatang jenama Similac Neosure ini adalah:

  • Meningkatkan protein, tenaga, vitamin dan mineral pada tubuh bayi.
  • Kalori tambahan untuk pertumbahan bayi pramatang.
  • Mengandungi kalsium dan fosforus untuk pertumbuhan tulang bayi.
  • Menyokong pertambahan berat badan bayi, ukuran panjang dan lilitan kepala bayi pramatang.
  • Memiliki OptiGro untuk perkembangan otak dan mata bayi anda.

2. ENFALAC PREMATURE

Enfalac A + Premature adalah susu berkhasiat yang diformulasikan secara saintifik bagi memenuhi keperluan nutrisi bayi pramatang yang kurang berat badan.

Produk ini menyediakan bekalan tenaga, protein, kalsium dan nutrien penting untuk membantu proses pertumbuhan bayi pramatang.

Ciri-ciri susu Enfalac A+ premature:

  • Produk halal.
  • 100% khasiat untuk bayi anda.
  • Mengandungi vitamin dan mineral penting untuk bayi.
  • Memberi pertumbuhan yang sihat untuk bayi.

3. NESTLE PRE NAN RUMUSAN KHAS PRAMATANG

Nestle Pre Nan adalah susu formula khas untuk bayi pramatang dan menyediakan nutrien bagi memenuhi keperluan berat badan bayi sehingga mencapai 4 kilogram.

Kelebihan:

  • Mengandungi tenaga dan protein.
  • Long Chain Polyunsaturated Fatty Acids (LC-PUFAs).
  • DHA & ARA dan MCT oil.

BACA>>> Kenali Jenis dan Tip Beli Susu Formula Terbaik untuk Anak

4. MAMEX PREMATURE 

Susu ini mengandungi prebiotics Oligosaccharide dipatenkan secara antarabangsa GOS  dan lcFOS (9: 1) yang membantu meningkatkan pergerakan usus.

Kelebihan:

  • Mengandungi DHA tahap tinggi.
  • Mengandungi nutrien penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan optimum kanak-kanak yang lahir pramatang.
  • Menghalang bakteria merbahaya daripada masuk ke dalam badan anak.
  • Meningkatkan bakteria baik.
  • Menggalakkan pergerakan usus yang baik dengan najis yang lebih lembut.

Ibu bapa disaran untuk mendapatkan nasihat dan rujukan daripada pakar sebelum membuat keputusan memberikan susu formula pada anak pramatang, bagi mengelakkan berlakukan kesan sampingan yang boleh terjadi pada anak.

SUMBER: TheAsianParent

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda