BANYAK punca kenapa seseorang itu sukar hamil atau mendapatkan cahaya mata. Antaranya faktor kesuburan, pola hidup tidak sihat, gaya hidup kurang aktif, dan pengambilan makanan tidak sihat termasuk genetik.

Tanpa perlu menunding jari kepada sesiapa, suami atau isteri, kedua-duanya mempunyai peratusan sama yang menyumbang kepada masalah mendapat cahaya mata, iaitu 40 peratus. Selebihnya faktor lain.

Tahukah anda, mengambil vitamin dan gizi seimbang setiap hari dapat membantu menyokong persenyawaan dan perkembangan janin? Berikut 4 jenis sayur yang mengandungi nutrisi diperlukan yang mampu membantu wanita itu hamil.


1. BAYAM

Bayam mengandungi zat besi, folat, zink dan antioksidan yang baik untuk kesuburan wanita dan membantu wanita cepat hamil. Boleh amalkan makan bayam secara sihat. Kalau diikutkan, bayam memang sedap dikukus, direbus atau dijadikan hidangan salad.

2. BROKOLI

Brokoli membantu membersihkan tubuh dari metabolit hormon seperti lebihan metabolit estrogen dalam tubuh yang mengganggu hormon kehamilan normal.

3. UBI BIT

Jangan tidak tahu, ubi bit sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan wanita. Biasanya kita dengar manfaat ubi bit, tetapi jarang mengetahui khasiat daunnya. Ia sebenarnya kaya zat besi yang penting untuk membantu kehamilan. Daun bit juga kaya vitamin C dan folat, iaitu nutrisi lain yang diperlukan untuk kehamilan.

4. BIJI LABU DAN TIRAM

Biji labu dan tiram tinggi kandungan zink, zat besi dan asid lemak omega-3. Kekurangan zink dalam tubuh secara langsung ada kaitan ketidaksuburan lelaki dan wanita.


Pengambilan sayur seperti di atas membantu menjaga kualiti telur dan sperma selain membantu melindungi sperma dari kerosakan kromosom. Semoga jadi manfaat kepada pasangan sedang merancang menimang cahaya mata. Apa salahnya jika cuba berikhtiar yang terbaik.

SUMBER: VanillaKismis

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda