MEMANG ada ibu bapa yang selalu membezakan perhatian dan tumpuan kepada anak. Tahukah anda ia memberikan kesan negatif kepada perkembangan emosi anak sehingga dewasa? Sikap pilih kasih ini sepatutnya dielakkan oleh semua ibu bapa.

Berilah tumpuan dan kasih sayang yang sama rata dalam anak-anak agar tidak ada yang berkecil hati kelak.

BACA>>> Ramai Tidak Sedar 5 Sikap Pilih Kasih Ini Boleh Buat Anak Jauh Hati

Bagusnya anak aku ni, kenapalah anak aku yang sorang lagi ni tak macam kakak dia

Jangan membanding beza anak-anak!

Sebenarnya ramai kawan-kawan yang merasakan ibu bapa mereka selalu mendahulukan adik-beradik lain, mereka selalu memarah, selalu lebihkan adik beradik lain dan selalu tidak gembira dengan kehadiran mereka ini.

Mungkin anak-anak yang lain lebih rajin, lebih pandai dari anak yang dipinggirkan ataupun faktor jantina iaitu sebagai contoh, ibu bapa mereka lebih cenderung untuk memanjakan anak lelaki atau anak perempuan mereka. Lagi-lagi anak kecil, cepatlah sentap itu kalau ibu bapa dia selalu lebihkan adik-beradik yang lain.

ANTARA 4 FAKTOR YANG MENJADI PUNCA IBU BAPA PILIH KASIH

1. ANAK KEBANGGAAN

Dalam ramai anak pasti ada salah seorang yang sangat membanggakan daripada ibu bapa. Selalunya anak yang belajar pandai, jaguh sukan atau pandai mengaji akan jadi anak kebanggaan.

Tetapi perlu ingat! Anak-anak lain ada kelebihan juga tahu. Mungkin bukan dalam akademik tapi dalam kelebihan mereka sendiri. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu.

2. ANAK YANG TIDAK SIHAT

Anak yang tidak sihat selalu mendapat perhatian lebih malah ada yang beri sepenuh perhatian pada mereka ini sehingga mengabaikan anak yang sihat.

Anak yang sihat pun boleh jatuh sakit kalau di abaikan selalu. Sakit atau tidak setiap anak perlu perhatian dan kasih sayang ibu bapa mereka. Dapatkan bantuan dan adil lah dalam mengagihkan kasih sayang.

3. ANAK RAJIN

Anak yang rajin tolong ibu bapa semestinya ibu bapa akan sayang sangat sebabnya mereka ni meringankan beban ibu bapa. Ibu bapa cenderung mempercayai anak yang rajin sehingga tak percaya langsung anak-anak yang lain.

Pernah terfikir tak yang anak-anak lain mungkin bukan pemalas nak membantu tapi mereka masih menunggu dapat kepercayaan dari ibu bapa sendiri. Beri kepercayaan seadil yang boleh supaya tiada yang rasa tidak di percayai.

BACA>>> Cuba 8 Tip Ini untuk Elak Anak Saling Bergaduh

4. ANAK BONGSU 

Anak bongsu memang selalu dapat perhatian lebih. Maklumlah yang paling muda dan anak terakhir sekali, jadi sayangnya lebih. Perhatian pun berlebih-lebih, sehingga banyak anak bongsu jadi terlampau manja.

Waspada bila abang atau kakak sudah mula anggap adik dia sebagai ancaman kerana sikap iri hati dan cemburu tu pasti akan hadir dalam diri anak-anak. Saya percaya tiada ibu bapa yang mahu anak-anaknya saling bermusuhan.

Jika setiap anak anak itu ibu boleh mengandungkan sama 9 bulan 10 hari, kenapa setelah lahir mahu di beza-bezakan kasih sayang dan perhatiannya.

Sesungguhnya cinta seorang ibu menyejukkan hati, cinta seorang ayah menenteramkan jiwa.

Mohd Fhais
Saya percaya tiada ibu bapa yang suka bila anak membandingkan kita dengan ibu bapa lain.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda