YOUTUBE ialah salah satu medium hiburan pilihan anak-anak masa kini untuk melayari siri kartun kegemaran dan bermacam-macam saluran lain. Namun, keasyikan melayan aplikasi itu jika tidak dipantau, boleh mendatangkan risiko bahaya kepada anak.

Potensi anak tersalah melayari saluran yang sesuai dengan usianya mampu merosakkan perkembangan mental dan emosi.

Bagaimanakah memastikan anak kita sentiasa diawasi ketika melayari Internet. Mari belajar tip mudah ini!

1. BUAT AKAUN KELUARGA 

Log masuk ke dalam YouTube menggunakan akaun Google yang dibuat khas untuk keluarga dan kongsi bersama di peranti kita dan anak. Menerusi akaun ini, kita boleh memantau apa saja ditonton anak, termasuk video yang dimuat naik dan perkongsian maklumat peribadi.

Caranya, tekan ‘History’ di bar menu (penjuru kiri atas) pada paparan skrin. Kalau mahu lihat saluran dilanggan anak, tekan ‘Subscriptions’.

2. AKTIF MOD TAPIS – RESTRICTED MODE

 

Buka YouTube menerusi pelayar atau browser menggunakan akaun yang dibuka tadi. Cari ‘Setting’ dan skrol tetikus ke bawah dan klik ‘Restricted Mode’. Pastikan pilih ‘ON’ dan tekan ‘Save’ untuk menyimpan tetapan.

Bagi memastikan anak tidak boleh menukarkan tetapan dibuat, klik ‘Lock Restricted’ dan masukkan kata laluan akaun keluarga yang dibuat tadi bagi mengaktifkan mod ini.

3. BUAT PLAYLIST

Playlist atau senarai audio video dibuat bagi memastikan anak kita menonton sesuatu rancangan mengikut kesusaian usianya. Ini kerana walaupun ‘Restricted Mode, diaktifkan, anak tetao masih boleh melihat video yang tiada tetapan umur.

Jadi cara selamat, buatkan playlist khas untuk tontonan anak. Caranya, pergi ke video kegemaran anak dan klik ‘Add On’ dan namakan playlist. Kita boleh menambah sebanyak mana video yang diinginkan.

Selain itu, kita juga boleh menekan Subscribes pada saluran yang diinginkan khusus untuk anak-anak dan secara automatik akan dimasukkan ke dalam playlist.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda