IBU bekerja memang tiada banyak masa hinggakan tidak sempat hendak menyediakan makanan untuk anak. Jadi, jika ada alternatif terbaik yang dapat memudahkan kita menyediakan makanan untuk anak, pasti sangat membantukan?

Di bawah ini kami tuliskan dua cara memasak bubur nasi dengan cepat dan mudah yang selalu dilakukan kaum ibu.

CARA 1: PERIUK NASI

Cara ini memudahkan kerja memasak bubur bersama dengan nasi menggunakan periuk nasi dan bekas tahan karat seperti mangkuk, cawan atau kole.

CARA MEMASAK

1. Bersihkan beras mengikut sukatan diinginkan bagi setiap hidangan.
2. Masukkan beras ke dalam bekas tahan karat dengan saiz boleh muat dalam periuk nasi (rujuk gambar).
3. Masukkan beras bersama sukatan air ke dalam mangkuk.
4. Tekan butang ON dan tutup nasi seperti biasa. Tunggu hingga masak.

* Jika tidak mahu memasak nasi, letak saja air.
* Bubur yang dimasak boleh ditambah dengan perisa dan sayuran atau isi ayam.


CARA 2: BEKUKAN NASI DAN REBUS

CARA PENYEDIAAN

  1. Bersihkan beras hingga bersih mengikut sukatan masing-masing.
  2. Pindahkan beras yang sudah dibasuh ke dalam bekas bertutup.
  3. Isikan air hingga beras tenggelam dalam bekas. Saiz bekas mengikut kehendak kita, lebih elok bekas kecil kerana sesuai untuk sekali makan.
  4. Tutup bekas dan simpan dalam peti ais bahagian beku.

* Boleh buat pada hujung minggu atau sebelah malam.

CARA MASAK

  1. Keluarkan beras yang dibekukan dan masuķkan ke dalam periuk. Tidak perlu tunggu hingga cair.
  2. Tambah air secukupnya dan pasang api kuat hingga nasi kembang selama 15 minit. Kacau agar nasi tidak berkerak.
  3. Sambil menunggu beras masak, bolehlah tambahkan bahan segar untuk berikan perasa dalam bubur nasi seperti bawang putih, halia, sayuran, ikan bilis atau isi ayam.

* Boleh letak stok ayam yang sudah disediakan awal.


CARA 3: SLOW COOKER

Kita boleh masak bubur nasi menggunakan periuk masak tekanan perlahan atau slow cooker mengikut mod dan tempoh masa diinginkan.

Biasanya, boleh masak bubur nasi ini ketika bangun awal pagi. Jika malas bangun awal pagi, boleh masak sebelum tidur dengan menggunakan suhu paling rendah.

* Jika menggunakan mode high, bubur nasi boleh masak dalam sejam.

CARA PENYEDIAAN

  1. Rendam beras semalaman dan keringkan
  2. Sangai atau goreng beras tanpa minyak
  3. Biarkan sejuk
  4. Kisar kering

CARA MASAK

  1. Masukkan beras yang dikisar ke dalam slow cooker dengan sukatan air yang sesuai.
  2. Masukan bahan perisa tambahan seperti sayur, ayam atau stok ayam.
  3. Tutup slow cooker dan tetapkan mod Slow (jika dimasak sebelum tidur) dan High jika buat dalam tempoh sejam.
  4. Tukar mod kepada auto sekiranya nasi sudah kembang.

* Pastikan sukatan air betul kerana sukatan yang tidak betul akan menyebabkan bubur nasi jadi kering.

Selamat mencuba ya! 🙂

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda