APABILA tarikh jangkaan bersalin hampir dekat, pasti ibu akan mencari cara buat air selusuh yang dikatakan mampu membantu ibu ketika proses melahirkan berlaku.

Ada yang setuju dengan kenyataan ini dan ada yang membantah kerana bagi mereka, air selusuh akan membuatkan wanita bertambah sakit ketika bersalin nanti. Mana satu yang betul agaknya?

Tapi memang betul, doktor juga melarang ibu mengambil air selusuh ini jika due date masih lambat. Sebaiknya, air selusuh diambil ketika kontraksi bermula.

Berikut merupakan 3 cara buat air selusuh dengan bacaan doa dan ayat suci AL-Quran;


1.  CARA PERTAMA

air selusuh

1. Baca surah Al Fatihah dan Surah Al-Hasyr ayat 21

2. Kemudian, baca selawat syifa dengan maksud yang berikut

“Ya Allah berikan Rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan serta kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya,”. 

3. Baca doa ini:

“Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat,”. 

Selepas dibaca, tiup pada air atau minyak dan perlu minum tujuh hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.

4. Sapukan air atau minyak diperut ibu dari atas ke bawah dengan selawat 7 kali.

5. Minyak selusuh atau air selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila sakit hendak bersalin datang.

BACA >>> Kenapa Ibu Hamil Perlu Minum Air Gula?


2. CARA KEDUA

1. Beristighfar sebanyak tiga kali

2. Menghadiahkan bacaan kepada Rasulullah SAW, para sahabat dan pengikutnya.

3. Membaca surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali.

4. Selawat 11 kali

5. Baca surah Alam Nasyrah sebanyak 7 kali

6. Surah Al-Ikhlas 3 kali

7. Surah Al-Falaq 3 kali

8. Surah An-Nas 3 kali

9. Kemudian doa apa yang dihajati.

BACA >>> Tak Pasti Sama Ada Air Ketuban Atau Kencing? Ini 6 Tanda Air Ketuban Sudah Pecah


3. CARA KETIGA

air selusuh

1. Baca surah Al-Fatihah (Apabila sampai di ayat yang kelima, lintaskan di dalam hati mohon memudahkan bersalin sebanyak tiga kali).

2. Selawat Syifa 7 kali

3. Suarah Al-Hasyr ayat 21 perlu dibaca sebanyak tiga kali

4. Surah Al-A’raa ayat 54 dibaca tiga kali

5. Kemudian, hembus pada air, minyak atau buah kurma. Lalu diberikan pada ibu yang akan bersalin.

Semoga urusan bersalin ibu nanti dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

SUMBER: Bidadari

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda