KITA perlu tahu bahawa, 3 benda ini boleh mendatangkan ‘bahaya’ kepada anak masing-masing. Sarung tangan, walker dan bantal mungkin di mata kasar ibu bapa ianya nampak seperti tiada apa-apa. Namun kesannya pada tumbesaran anak-anak?

 

Berikut merupakan perkongsian oleh Dr. Taufiq Razif tentang 3 barang bayi yang kita kerap guna, tapi tidak sedar yang ia boleh datangkan bahaya pada si manja.

BACA>>>> Kuman Masuk Badan Kalau Berkaki Ayam, Mitos atau Fakta?

3 BARANG BAYI YANG MERBAHAYA

1. SARUNG TANGAN BAYI

  • Kita tidak tahu yang bayi ini sebenarnya menggunakan jari jemari mereka untuk merangsang otak.
  • Semakin banyak sentuhan dan rangsangan, semakin cepat otak anak berkembang.
  • Sebab itulah, sebaiknya pakaikan sarung tangan ini jarang-jarang saja. Kalau boleh, jangan pakaikan untuk anak yang sudah nak masuk umur satu bulan. Biar saja anak kita meneroka dunia dengan jari jemari comelnya.

2. WALKER

  • Ramai ibu bapa belikan walker supaya anak cepat berjalan. Salah tu! Walker inilah yang membuatkan rangsangan otak dan otot kaki anak kita menjadi semakin berkurangan.
  • Berguling, merangkak dan bermain di lantai yang sebenarnya menjadi asas untuk anak kita berjalan.
  • Paling dirisaukan, walker inilah antara penyebab terbanyak kecederaan pada anak-anak. Banyak kes anak melecur masuk ke kecemasan bila tersimbah air panas yang si comel capai sendiri semasa tengah naik walker ini.
  • Di US pun kira-kira 14,000 kanak-kanak cedera setiap tahun disebabkan walker.

3. BANTAL

  • Ini paling ramai tidak tahu. Tahukah anda bantal ini boleh meningkatkan risiko bayi kita meninggal secara tiba-tiba atau sindrom bayi mati mengejut (Sudden Infant Death Syndrome).
  • Tanpa sedar, bantal hiasan itu semua boleh menyebabkan anak kita susah bernafas dan lemas.
  • Sebab itu sebaik-baiknya elakkanlah menggunakan bantal kecuali kita memang yakin boleh pantau 24 jam. Tetapi itu tidak mungkin.
  • Sebaiknya, apabila nampak anak sudah tidur, alihkanlah bantal itu semua kecuali anak kita berumur dua tahun ke atas

BACA>>>> Baby Walker Jejas Perkembangan Bayi Berjalan, Berisiko Cedera – Doktor

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda