HARI raya, baju mesti serba baharu, bukan sepasang tetapi 5 pasang. Itu belum masuk baju anak-anak. Perabot lama juga perlu ditukar, langsir tidak ketinggalan mesti baharu dan mengikut fesyen terkini setiap tahun.

Haaa… jika berkemampuan tiada masalah, tetapi jangan sampai berhutang untuk kelihatan bergaya di pagi raya. Berikut perkongsian Afyan Mat Rawi tentang trend  masyarakat ketika menyambut Aidilfitri yang boleh mengundang kepada hutang keliling pinggang.


CHECKLIST #NERAKAWANG AIDILFITRI

1. Beli baju raya macam-macam konon hipster. Pakai sekali saja dan kemudian terperuk dalam almari 11 bulan.

2. Buat pinjaman peribadi untuk beraya sakan sebulan. Hutang tahun lepas tidak habis bayar lagi.

3. Tukar kereta baharu untuk menunjuk-nunjuk dekat saudara mara di kampung.

4. Tukar perabot, tukar langsir, tukar kusyen dan tukar segala macam perkara untuk menyambut Raya.

5. Tidak cukup buat pinjaman peribadi, pakai kad kredit sampai hujung nyawa.

 

6. Tukar sportrim baharu cara berhutang. Tukar paling mahal.

7. Beli mercun banyak-banyak konon nak meriah. Beli mercun sama macam bakar duit.

8. Beli kuih Raya beraneka macam, beraneka warna tetapi rasa semua sama saja.

9. Sanggup tidak bayar Takaful sebulan dua sebab nak cover bajet Raya.

10. Bagi duit Raya dengan not paling besar, takut orang mengata.

11. Buat open house besar-besar, panggil orang-orang besar VIP untuk datang. Mereka datang makan sikit saja sebab banyak penyakit. Kemudian makanan tidak habis, membazir.

12. Pinjam duit kawan untuk beraya sakan. Hutang yang sebelum itu buat-buat lupa.

13. Pakai handphone mahal. Datang beraya minta password WiFi.

14. Pakai kereta mahal-mahal. Masa beraya tutup aircond sebab nak jimat kos petrol.

15. Buat-buat lupa bayar upah pengasuh anak sebab nak cover bajet Raya.

16. Sanggup tidak renew cukai jalan dan Takaful sebab nak jimat kos balik Raya.

17. Bagi duit Raya guna sampul Raya bank riba.

18. Kereta mahal-mahal tapi tiada duit nak servis sebab duit sudah habis untuk beraya.

19. Bagi duit Raya, tetapi tidak bayar zakat fitrah.

20. Solat sunat Hari Raya, tapi tidak solat fardu.

21. Masa berpuasa betul-betul berjimat sebulan, masa raya berbelanja sakan sama macam belanja 2-3 bulan.

22. Gaji dapat awal, habiskan beraya sakan, kemudian merana sementara nak tunggu gaji.

23. Tambah bini. Anak bini yang sedia ada pun tidak terurus baik.

24. Tengok orang lain bagi duit Raya, kau nak bagi duit Raya juga walaupun bajet tidak ada.

25. Orang lain datang beraya minta maaf, kau datang beraya minta WiFi. Orang lain makan lemang, kau makan pelempang.

“Jalan ke #nerakawang dihampari dengan permaidani merah”.

“Walaupun pintu-pintu neraka ditutup pada bulan Ramadan, tapi tidak pintu #nerakawang malah terbuka luas”

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda