PERANCIS melancarkan siasatan di seluruh negara terhadap fenomena puluhan bayi dilahirkan tanpa tangan.

Kejadian ini dikatakan berlaku di beberapa kawasan pedalaman, sejak tahun 2000, selepas banyak kes baru dilaporkan, minggu ini, kata Menteri Kesihatannya, semalam.

LEMBU DAN AYAM JUGA DILAHIRKAN TANPA KAKI

Satu siasatan berasingan turut dibuka terhadap laporan bahawa banyak anak lembu dan mungkin ayam dilahirkan tanpa kaki di tiga kawasan pertanian sama.

Agensi kesihatan awam, Sante Publique berkata ia mengenal pasti 11 kes baru bayi lahir tanpa tangan antara 2000 hingga 2014 di kawasan Ain, timur Perancis berhampiran sempadan Switzerland di mana tujuh kes dilaporkan antara 2009 hingga 2014.

Kes kelahiran cacat turut dilaporkan di dua kawasan di barat Perancis, empat di Morbihan dan Brittany antara 2011 hingga 2013, tiga di wilayah jiran Loire-Atlantique pada 2007 hingga 2008. Jarak Ain dan Morbihan adalah beberapa ratus kilometer.

BACA>>>> Makan Mi Segera Setiap Hari, Remaja Lelaki Meninggal Kerana Kanser Perut

CARI PUNCA BAYI LAHIR TANPA TANGAN

Semua laporan itu mencetuskan kebimbangan kepada penduduk Perancis bahawa ada toksik dalam makanan, air atau udara yang menjadi penyebab.

“Saya mahu tahu, saya rasa seluruh Perancis mahu tahu. Ia mungkin faktor alam sekitar. Mungkin ia kerana apa yang dimakan wanita, minum atau bernafas,” kata Menteri Kesihatan, Agnes Buzyn.

BACA>>>> Si Lelaki Enggan Bertanggungjawab, Gadis Gugurkan Bayi Selepas Putus Tunang

SUMBERReuters

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda