DALAM situasi ekonomi tidak menentu hari ini, bermacam-macam usaha dibuat sedaya mungkin untuk berjimat dalam menguruskan perbelanjaan keluarga. Selagi boleh, susu anak, lampin, barang keperluan, makanan dan apa saja, kita hendak dapatkan pada harga terbaik.

OK, kalau hendak tahu, sebenarnya ada beberapa aplikasi mobil yang boleh diakses menerusi telefon pintar untuk memudahkan urusan mencari barangan murah, sekali gus membantu memjimatkan perbelanjaan harian kita.

1. BELANJA HARIAN

Bagi kaki ‘shopping online’ macam saya, memang wajib cari platform paling murah dan selalu berikan tawaran promosi besar-besaran. Ada yang berikan pulangan tunai bagi setiap pembelian. Satu pembelian ada kira-kira 3-5 peratus pulangan. Kalau sudah kerap membeli, lama-lama jadi banyak!

OK, anda boleh membeli-belah sambil menggunakan program pulangan tunai. Semua platform di bawah selalu menawarkan kupon diskaun bergantung kepada musim:

  • SHOPBACK
  • LAZADA
  • 11 STREET
  • SHOPEE
  • SAVING KAKI

2. PENGANGKUTAN

Sudah jadi trend di Malaysia untuk mereka yang tiada kenderaan atau hendak berjimat, boleh gunakan aplikasi perkongsian kenderaan. Tidak perlu petrol, tidak perlu bayar tol.  Siapa yang rajin, siap boleh buat pendapatan tambahan.

  • UBER
  • GRAB

Tip Tambahan:

* Kalau hendak lagi jimat, gunakan kemudahan Grab Share. Boleh kongsi kereta dengan penumpang lain dan kurangkan kos. Jimat betulkan?

3. MELANCONG

Sudah ada pelbagai jenis aplikasi talian yang menawarkan pakej pelancongan, tiket penerbangan dan hotel murah. Hendak melancong ke luar negara bersama keluarga bukan lagi masalah besar kerana aplikasi seperti itu banyak memudahkan kita membuat tempahan pada harga super murah!

  • SKY SCANNER (bandingkan harga tiket penerbangan, kereta sewa dan juga hotel)
  • AGODA
  • BOOKING.COM
  • EXPEDIA
  • TRIVAGO
  • AIRBNB

Tip Tambahan:

* Kalau beli tiket penerbangan secara ‘online’, waktu tengah malam selepas jam 12 malam dan hari minggu, biasanya harga tiket lebih murah!

* Sebelum tempah penginapan menerusi aplikasi Airbnb, tolong baca dulu ulasan orang yang pernah menginap di situ untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai tempat tersebut.

4. MAKANAN

Benda wajib yang kita cari setiap hari, makanan! Jika anda suka makan di luar bersama keluarga, mesti perlu berjimat bukan? Jom cuba beberapa aplikasi mobil ini untuk mengetahui maklumat tentang tempat makan best, promosi dan baucar.

  • OFFPEAK (cari restoran yang buat tawaran hebat).
  • SMART SHOPPER MALAYSIA (cari lokasi pasar raya dengan harga termurah).
  • MAKAN DEAL (cari promosi dari restoran).
  • MILKA DEAL (dapatkan diskaun dan kod baucar).
  • TABLE APP (dapatkan ulasan restoran dan promosi).

5. BARANG TERPAKAI

Aplikasi yang mudah, senang dan dapat bantu anda mencari barang terpakai atau baharu dengan harga murah. Selain membeli, anda juga boleh menjual barang terpakai menerusi aplikasi ini.

  • MUDAH.MY
  • CAROUSELL
  • E-BAY
  • LELONG.COM

6. HIBURAN

Sekiranya anda ada internet di rumah, tidak perlu lagi melanggan stesen televisyen berbayar. Tonton sahaja rancangan TV menerusi laman strim video dengan kadar yang sangat murah.

  • NETFLIX (Sekiranya anda menggunakan Unifi, iflix boleh ditonton percuma untuk setahun).
  • IFLIX
  • TONTON

Selain aplikasi mobil di atas, kita sendiri harus bijak mengawal perbelanjaan. Jangan pula nampak semua harga barang murah, terus pula rambang mata dibuatnya. Semoga bermanfaat untuk semua. Jom berjimat!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda