ANAK sudah 2 tahun tetapi masih tidak tahu bercakap? Jangan mudah putus asa OK. Ibu bapa ialah guru terbaik kepada anak. Ambil peluang dan masa untuk merangsang kemahiran bercakap anak.

Kepada ibu bapa yang masih tidak tahu caranya, boleh baca perkongsian Pengasas Mofazz Readerz, Azlina Nawi di laman Facebook mengenai tip merangsang anak bercakap. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

* Status sudah disunting untuk skema penulisan BumBumCak tanpa menjejaskan maksud dan gaya tulisan asal penulis. Harap maklum.


BAGAIMANA RANGSANG ANAK BERCAKAP? IKUTI TIP INI

PERKEMBANGAN BAHASA PERTUTURAN

Disleksia melibatkan kesukaran dalam bahasa pertuturan. Kajian menunjukkan perhatian penting kanak-kanak dalam hal bahasa lisan. Ini kerana bahasa lisan sangat kritikal dalam proses kemahiran membaca yang mana ia sangat membantu perkembangan literasi awal.

Bukti kajian juga menunjukkan disleksia dikaitkan dengan perbezaan bagaimana otak memproses kedua-dua bahasa lisan (pertuturan) dan bahasa bertulis (teks bacaan, tulisan). Perbezaan ini boleh mengganggu perkembangan awal bahasa dan kemahiran literasi.

Perkembangan kemahiran mendengar dan bertutur sangat berkait rapat dengan proses pembelajaran membaca (learning to read). Kebanyakan kanak-kanak boleh belajar bertutur dan memahami bahasa secara fitrah, tetapi kemahiran membaca mesti diajar dan dipelajari.

Melalui bermain dan aktiviti secara langsung antara ibu bapa dan anak akan membantu perkembangan awal kemahiran bahasa yang diperlukan untuk belajar kemahiran membaca.

Jika anak mempunyai masalah dalam pertuturan, sila berbincang dengan doktor atau guru sekolah anak. Sebagai contoh, jika anak berumur 3 tahun, tetapi tidak boleh bercakap atau membina ayat dengan 3 patah perkataan atau ibu bapa mempunyai masalah untuk faham apa yang anak cakap, bermakna anak perlukan terapi pertuturan dan bahasa.

BAGAIMANA KEMBANGKAN KEMAHIRAN MENDENGAR SI ANAK

A. Pastikan anak alert dengan bunyi-bunyi yang dia faham.
B. Kenalkan bunyi baru pada anak. Minta anak dengar elok-elok. Kemudian tanya anak apa yang dia dengar.
C. Bantu anak untuk dengar bunyi-bunyi sekeliling dan kenal pasti bunyi itu seperti bunyi telefon, air, periuk dan kuali, loceng pintu, tepuk tangan, tapak kaki dan bunyi binatang.
D. Bercerita atau baca cerita, ‘fairy tales’ dan ‘nursery ryme’ kepada anak dengan kerap.
E. Bantu anak kembangkan potensi telinga dengan menyanyikan lagu berima dan ulang-ulang sajak pendek dengan mereka.


BELAJAR MENDENGAR BUNYI-BUNYI DALAM PERKATAAN

1. BERCAKAP ATAU BERBUAL TENTANG PERKATAAN BERIMA

Cakap perkataan berpasangan dan minta anak teka adakah perkataan itu berima atau sama. Contoh: Tanya anak adakah perkataan ‘cat’ dan ‘rat’ adalah berima? Jawapan, ya. Tanya juga adakah perkataan ‘cat’ sama dengan ‘dog’? Jawapan, tidak.

2. GALAKKAN ANAK CARI PERKATAAN BERIMA

Contoh: Apakah perkataan berima dengan ‘see’ . Jawapan termasuklah ‘free’, ‘be’ dan ‘ski’.

3. BERCAKAP MENGENAI PERKATAAN YANG SAMA BUNYI DI AWAL

Cakap dua perkataan dan tanya anak adakah perkataan itu mempunyai bunyi awal yang sama? Contoh: Adakah perkataan ‘cat’ dan ‘car’ dimulakan dengan bunyi sama? Jawapan, ya. Adakah perkataan ‘cat’ dan ‘dog’ dimulakan dengan bunyi yang sama? Jawapan, tidak.

4. GALAK ANAK MENCARI PERKATAAN BUNYI AWAL SAMA

Beritahu perkataan dan minta anak sebutkan perkataan lain yang mempunyai bunyi awal sama. Contoh: Apakah perkataan yang bermula dengan bunyi sama seperti ‘see’. Jawapan termasuklah ‘sun’, ‘soup’.

5. MAIN PERMAINAN LISAN (ORAL WORD GAMES)

Main perkataan lisan berdasarkan bunyi berima atau bunyi awal sama (alliteration). Contoh: ‘I spy games’ (I spy something that begins like top). Jawapan, mungkin ‘table’ dan lain-lain. Atau permainan ‘odd-one-out’ . Manakah perkataan ganjil? Adakah ‘pan’, ‘knife’ atau ‘pot’? Jawapan, ‘knife’ kerana perkataan itu tidak bermula dengan bunyi sama seperti ‘pan’ dan ‘pot’.


BAGAIMANA KEMBANGKAN KEMAHIRAN BERCAKAP ANAK

1. Galakkan anak bercakap dengan anda dan ambil masa bercakap dengan anak sekerap mungkin.
2. Cuba bagi perhatian tidak berbelah bagi kepada anak, paling kurang beberapa minit setiap hari.
3. Benarkan anak beritahu kita apa yang dia buat dan bagaimana dia buat.
4. Dengar pendapat dan idea anak.
5. Jawab soalan anak apabila ditanya.
6. Ambil peluang bercakap dengan anak.
7. Tanya anak apa dia fikirkan tentang sesuatu perkara yang dia boleh faham.
8. Bantu anak untuk lihat gambar dan ceritakan secara terperinci apa dia lihat.
9. Galakkan anak untuk ceritakan semula apa cerita yang dibaca dalam buku.
10. Beri penghargaan kepada anak dengan pujian secara verbal seperti, “that’s good”, “well done”.
11. Rangsang anak bercakap. Letakkan gambar atau poster di dinding atau berikan objek kepada anak dan bercakap mengenai objek itu. Contoh: objek bertema, kenderaan, buah-buahan, barang keperluan dapur, pakaian, dan lain-lain.
12. Ketika sedang memasak, ceritakan kepada anak apakah yang kita sedang buat dan apakah makanan sedang kita masak.
13. Perkenalkan nama benda kepada anak dan bantu mereka sebut perkataan atau namakan benda itu dengan nama yang betul.
14. Ibu bapa boleh bermain teka-teki bunyi dengan anak. Ibu bunyikan bunyi benda atau haiwan dan tanyakan kepada anak bunyi apakah yang dia dengar.
15. Jika kita berjalan dengan anak ke mana-mana, cuba bercakap dengan anak tentang ke manakah kita pergi? Dan apakah yang kita lihat, dengar dan buat?
16. Jika pergi jalan-jalan ke kedai, beritahu anak apakah yang sedang kita beli dan kenapa kita beli barang tersebut? Namakan barang-barang yang dilihat itu kepada anak.
17. Bantu anak mengenalpasti benda-benda yang ada di sekeliling mereka. Tunjukkan benda kepada anak dan main permainan membilang benda-benda yang berbeza anak lihat atau kirakan benda yang sama mereka lihat.
18. Bawa anak berjalan-jalan dan ceritakan kepada anak apakah benda yang dilihat dan didengar itu.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda