JIKA anda telah lama mencuba untuk hamil, tetapi masih gagal, pastinya anda tertanya-tanya mengapa anda gagal hamil bukan? Sukar hamil sebenarnya boleh disebabkan oleh banyak faktor.

Berikut merupakan antara beberapa faktor yang mungkin menjadi penyebab kenapa wanita gagal hamil.

15 SEBAB WANITA GAGAL HAMIL

1. TIDAK BERTELUR (ANOVULASI)

Sekiranya telur gagal dikeluarkan dari ovari, anda tidak akan hamil. Keadaan yang selalunya dikaitkan dengan anovulasi termasuk PCOS dan hyperprolaktinemia.

2. USIA

Apabila berusia melebihi 35 tahun, telur anda tidak lagi mempunyai kualiti dan menyebabkan anda sukar hamil atau keguguran. Begitu juga jika suami anda telah  berusia kerana sperma yang tidak berkualiti.

3. TIUB FALLOPIAN ROSAK

Apabila tiub fallopian tersumbat, sperma gagal berjumpa dengan telur dan kehamilan tidak akan terjadi.

4. MASALAH PERUBATAN

Masalah perubatan sering dikaitkan dengan kesukaran hamil seperti masalah kencing manis, tiroid atau masalah auto-imun seperti SLE. Jumpa doktor anda dan optimalkan tahap kesihatan anda sebelum anda bercadang untuk hamil.

5. ENDOMETRIOSIS

60% wanita dengan endometriosis dikaitkan punca kegagalan untuk hamil. Cecair di dalam endometriosis juga toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran.

BACA>>>> Dr Hamid Arshat: 20 Makanann Ini Boleh Bantu Kecutkan Cyst Dan Fibroid

6. SPERMA TIDAK BERKUALITI

Lebih kurang 40% dari kegagalan wanita untuk hamil berpunca dari suami. Pastikan Ujian air mani suami di buat untuk memastikan suami anda tidak ada masalah ini.

7. JANGKITAN KUMAN PADA SISTEM PERANAKAN

Jangkitan TB atau Clamydia boleh merosakkan sistem peranakan dan menyebabkan wanita gagal hamil.

8. MASALAH HUBUNGAN SEKS

Hubungan seks yang menyakitkan akan menyukarkan pasangan untuk melakukan dengan lebih kerap. Begitu juga sekiranya pasangan tinggal berjauhan boleh menyukarkan anda untuk hamil dengan cepat.

Hubungan seks 3 kali seminggu digalakkan untuk memastikan anda tidak terlepas tarikh subur anda. Jumpa doktor sekiranya hubungan seks anda menyakitkan untuk mempastikan punca.

9. FIBROID

Kajian menunjukkan 25% peratus mengalami fibroid tetapi ia selalunya tidak menghalang keupayaan untuk hamil kecuali jika anda mengalami submucosal fibroid.

Ia bukan sahaja menyebabkan anda sukar hamil malahan ia juga menjadi penyebab kepada keguguran berulang.

10. MENOPOS PRAMATANG

Dalam kes yang sangat jarang, ovari anda tidak lagi mengandungi telur dan ini menyebabkan anda mengalami Pre-mature Menopause. Tiada telur bemakna anda tidak akan dapat hamil.

BACA>>>> 6 Kaedah Rawatan Kesuburan Ini Bantu Wanita Hamil Lebih Cepat

11. POLIP DALAM RAHIM

Sebarang ketumbuhan dalam rahim boleh menyebabkan anda sukar hamil dan polip adalah ketumbuhan yang kerap terjadi di kalangan wanita. Jumpa doktor pakar untuk ujian ultrasound faraj atau hysteroscopy.

12. TEKANAN PERASAAN

Menurut kajian, tekanan perasan boleh juga menyebabkan anda tidak subur. Curahkan perasaan anda kepada suami atau saudara mara yang mungkin boleh menolong anda.

13. CARA HIDUP TIDAK SIHAT

Pengambilan dadah, merokok dan minuman keras kerap dikaitkan dengan ketidaksuburan samada lelaki atau perempuan.

14. SISTEM PERANAKAN TIDAK NORMAL

Anda mungkin dilahirkan dengan rahim atau vagina yang tidak normal yang seterusnya boleh menggugat keupayaan anda untuk hamil.

15. OBESITI ATAU TERLALU KURUS

Terlalu kurus atau terlalu gemuk boleh menyebabkan hormon anda menjadi tidak seimbang dan boleh menjurus kepada ketidaksuburan.

BACA>>>> Panduan Tingkatkan Peluang Hamil dan Tip Kesuburan Buat Suami Isteri

SUMBER: Dr.Juhaidah

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda