PADA awal kehamilan, kita tidak digalakkan mengambil beberapa jenis makanan yang berisiko menyebabkan keguguran seperti makanan ‘tajam’ atau berbisa seperti nanas.

Tetapi, tahukah anda ada beberapa jenis makanan lain yang juga boleh menjadi punca keguguran yang masih ramai tidak tahu? Berikut 15 jenis makanan yang perlu anda elak ketika awal kehamilan kerana dikhuatiri menyebabkan keguguran.

1. KETAM

Selain kaya sumber kalsium, ketam mengandungi kolesterol tinggi yang boleh menyebabkan pengecutan rahim dan mendorong pendarahan serta seterusnya keguguran.

2. BIJI BIJAN

Biji bijan yang dimakan bersama madu boleh menyebabkan masalah ketika kehamilan. Walaupun, wanita hamil mungkin jarang memakan biji bijan ketika awal kehamilan tetapi perlu dielakkan sekiranya ada ibu hamil yang rasa teringin mahu makan.

3. HATI HAIWAN

Hati mengandungi vitamin A yang boleh memudaratkan kandungan jika kerap dimakan pada awal kehamilan dalam kuantiti banyak. Ini menyebabkan pengumpulan retinol secara beransur-ansur yang boleh menjejaskan bayi.

4. LIDAH BUAYA 

Walaupun lidah buaya beri banyak manfaat kepada kesihatan tetapi kajian menunjukkan wanita hamil tidak boleh makan kerana mengandungi anthraquinones iaitu sejenis julap yang boleh menyebabkan kontraksi rahim dan pendarahan.

5. BETIK MUDA

Betik muda mempunyai komponen yang berfungsi sebagai julap dan boleh membawa kepada kelahiran pramatang. Biji betik kaya dengan enzim yang boleh menyebabkan pengecutan rahim yang mengakibatkan keguguran.

6. POKOK KELOR/ DRUMSTICK (MORINGA OLEIFERA)

Wanita hamil perlu berhati-hati apabila makan sayuran ini kerana mengandungi alpha-sitosterol yang boleh menjejaskan kehamilan. Bagaimanapun, pokok kelor kaya dengan besi, kalium dan vitamin. Jika mahu makan, disarankan ambil dalam kuantiti terhad.

7. PRODUK TENUSU TIDAK DIPROSES

Susu mentah mengandungi bakteria seperti listeria monocytogenes boleh menjejaskan kandungan.

8. KAFEIN

Pengambilan minuman berkafein berlebihan ketika kehamilan boleh menyebabkan keguguran atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat.

9. IKAN MERKURI

Elak makan ikan yang mengandungi merkuri tinggi seperti tuna dan makerel kerana boleh memberi kesan ke atas perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam kandungan.

10. HERBA

Herba antara makanan yang perlu dielak ketika awal kehamilan kerana boleh menyebabkan tumbesaran bayi terbantut ketika dalam kandungan. Selain itu, ia menyebabkan kerosakan hati, penyakit kuning dan masalah otak.

11. BUAH PIC 

Buah ini boleh menyebabkan keguguran dan pendarahan pada awal kehamilan.

12. MAKANAN DIPROSES

Makanan diproses seperti sosej, nuget dan daging kisar tidak elok dimakan ketika awal kehamilan kerana dikhuatiri mengandungi bakteria sekiranya tidak dimasak betul yang boleh menyebabkan keguguran, kematian bayi ketika dilahirkan dan kelahiran pramatang.

13. SAYUR TIDAK DIBASUH

Sayur yang tidak dicuci baik berpotensi mengandungi parasit yang dikenali sebagai toxoplasma gondii yang mana boleh menyebabkan jangkitan terhadap wanita hamil dan seterusnya komplikasi kehamilan. Seeloknya cuci sayur dengan garam.

14. MAKANAN LAUT

Makanan laut seperti udang, sotong, ketam, sushi dan tiram mungkin dicemari bakteria, yang mana sekiranya dimakan ibu hamil boleh menyebabkan keguguran.

15. TELUR

Ibu hamil perlu berhati-hati makan telur kerana telur yang tidak dimasak betul mengandungi bakteria salmonella, yang boleh menyebabkan keracunan makanan, ciri-birit, demam, kesakitan usus dan keguguran.

SUMBER: Parenting.FirstCry.com 

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda