HARI raya bakal menjelang tidak lama lagi, pasti ramai yang tidak sabar hendak pulang ke kampung masing-masing. Dalam sibuk membuat persiapan menyambut raya, pastikan semua kelengkapan yang perlu dibawa balik ke kampung sudah tersedia.

Bayangkan kalau ada yang tertinggal (terutama baju raya), mesti rosak habis mood hendak beraya! Jadi pastikan kita merancang persediaan balik ke kampung beraya sebaiknya. Supaya tidak tertingal atau terlupa apa-apa yang penting, sediakan senarai semak barang dan perkara yang perlu dibuat.

Berikut 13 persediaan yang perlu dibuat supaya dapat beraya dengan tenang dan tidak kelam kabut:

1. SERVIS KENDERAAN

Tidak kira sama ada kita bawa kereta atau motosikal, pastikan kenderaan kita diservis terlebih dahulu, terutama orang jauh. Hantar ke pusat servis untuk pastikan kenderaan kita dalam keadaan tip top! Insya Allah selamat peri dan pulang berhari raya.


2. PERALATAN PENTING

Jangan lupa bawa peralatan asas jika berlaku kecemasan semasa memandu pulang ke kampung. Pastikan ada jek kereta, tayar ganti, spanar dan sebagainya. Manalah kita tahu jika berlaku kecemasan atau perkara yang tidak diingini.


3. BAWA AIR KOSONG

Air bukan untuk kita minum waktu berbuka atau sahur ya! Hanya sebagai persediaan kalau radiator kereta terlalu panas. Sediakan 2 atau3 botol besar air kosong. Kalau tersangkut dalam kesesakkan jlanrya, apa salahnya kita teguk sikit air tu! 🙂


4. BAWA PENDRIVE

Bagi yang memandu, bawalah pendrive yang ada ayat Al-Quran, Zikir, Qasidah atau lagu nasyid. Dalam kita memandu, sambil dengar ayat Al-Quran, kan bertambah pahala.


5. KELENGKAPAN ANAK

Jangan tertingal pula keperluan anak kita. Pampers, botol susu, kain lampin, baju yang mencukupi, stroller dan sebagainya jangan pula kita terlupa bawak. Sebaiknya sediakan ‘checklist’ keperluan anak yang perlu dibawa. Kemudian, kemas barang anak lebih awal supaya tidak tertinggal atau kelam kabut nanti.


6. UBAT-UBATAN

Pastikan ubat-ubatan asas kita bawa pulang. Lebih baik lagi, bawa bersama peti kecemasan. Manalah tahu sakit kepala, anak demam, jatuh, atau selesema nanti.


7. BAJU RAYA

Jangan sampai tertinggal, memang hancur berkecai mood raya kita! Pastikan kita sudah kemas baju raya semua masuk dalam beg sebelum bertolak. Jangan kemas baju raya kita sahaja tau, pastikan baju raya yang tersayang juga sudah disimpan.


8. KEMAS RUMAH

Sebelum bergerak pulang ke kampung, pastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan bersih. Jadi bila kita sudah penat dalam perjalanan tiba dari kampung nanti, lega lah sedikit bila rumah bersih. Pastikan sampah juga sudah buang siap-siap.


9. TUTUP AIR DAN BEKALAN ELEKTRIK

Pastikan paip utama air ditutup. Begitu juga dengan elektrik. Pastikan semua suid ditutup dan cabut kepala suis. Tapi jangan pula tertutup suis peti ais ya 🙂


10. PET CENTRE

Tempah siap-siap hotel hotel untuk haiwan peliharaan kita. Nanti kita hendak pulang ke kampung pun senang hati, ada orang boleh jagakan haiwan kesayangan kita.


11. SIMPAN BARANG BERHARGA DI TEMPAT SELAMAT

Jika ada tinggal barang berharga di rumah, pastikan simpan di tempat yang selamat. Seboleh-bolehnya sediakan satu peti besi di rumah untuk simpang wang, barang kemas dan laian-lain. Paling tidak, simpan dalam almari yang berkunci.


12. KUNCI PINTU

Pastikan semua pagar dan pintu dikunci. Jangan pula tinggal kunci di bawah pasu, bawah alas kaki dan sebaginya. Jika ada jiran yang dipercayai, boleh minta jiran tengokkan keadaan rumah kita. Sebelum bertolak ke kampung, pastikan buka lampu dalam rumah. Jika tidak mahu membazir, apa salahnya pasang lampu lampu automatik.


13. BAWA BUAH TANGAN

Jika ada kesempatan, bawalah bersama sedikit buah tangan pulang ke kampung. Belikan hadiah untuk ibu dan ayah. Paling tidak, bawa biskut raya untuk dihidang semasa hari raya nanti.

Ingat, bawa pulang apa yang perlu sahaja. Jangan pula segala benda hendak angkut ya! Semoga kita semua dapat pulang beraya di kampung halaman masing-masing dengan selamat ya! Selamat Hari Raya..

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda