WANITA hamil kerap dinasihatkan supaya minum air kelapa muda, terutama pada fasa akhir kehamilan kerana menawarkan banyak kebaikan kepada tubuh seperti menggantikan cecair tubuh yang hilang.

Namun, selain disebutkan itu, tidak ramai tahu apakah kelebihan air kelapa muda kepada ibu hamil. Sekarang, kami senaraikan beberapa manfaat dan khasiat air kelapa muda buat wanita hamil:

1. MEMPUNYAI KANDUNGAN ELEKTROLIT SEMULA JADI

Elektrolit ialah sejenis mineral yang membantu mengantikan fungsi cecair dalam tubuh yang hilang ketika melakukan banyak aktiviti. Bagi ibu hamil, kekurangan cecair tubuh akan menyebabkan dehidrasi yang menyumbang kepada sakit kepala, pening, demam dan kekejangan otot.

2. MEMILIKI SIFAT DIURETIK SEMULA JADI

Air kelapa muda mampu membantu melancarkan proses pembuangan air kencing, membersihkan saluran kencing, mengeluarkan racun yang memasuki tubuh dan mencegah jangkitan saluran kencing.

3. ASAM LAURAT CEGAH PELBAGAI PENYAKIT

Air kelapa muda memiliki kandungan yang dikenali sebagai asam laurat, yang berfungsi melawan dan mencegah pelbagai penyakit. Antaranya menjadi agen anti bakteria, dan anti virus untuk mencegah virus berbahaya seperti HIV dan Herpes.

4. MENINGKATKAN SISTEM PENCERNAAN

Kehamilan akan menyebabkan sistem pencernaan sedikit terganggu. Minum air kelapa dapat membantu melancarkan sistem pencernaan dan mengelakkan gangguan pencernaan lain seperti cirit-birit dan sembelit.

5. MENINGKATKAN HDL

Air kelapa muda terbukti mampu meningkatkan HDL atau kolesterol baik dalam tubuh, yang baik untuk mencegah penyakit kronik disebabkan kandungan kolesterol jahat yang tinggi dalam tubuh.

6. MENURUNKAN TEKANAN DARAH

Tekanan darah tinggi ialah tidak baik untuk kesihatan. Jadi, bagi mengelakkan tekanan darah, ibu hamil disaran minum air kelapa muda yang mengandungi potassium semula jadi.

7. SUMBER TENAGA

Air kelapa muda memiliki kandungan glukosa tinggi. Ini membantu ibu hamil mendapat tenaga ketika melakukan pelbagai aktiviti harian.

8. KAYA VITAMIN C

Salah satu kandungan penting dalam air kelapa ialah vitamin C tinggi. Ini dapat membantu mencukupkan keperluan vitamin C ibu hamil setiap hari yang mampu menambah daya tahan tubuh, mencegah dan mengelak pelbagai penyakit dan antioksidan.

9. MENGANDUNGI VITAMIN D

Vitamin B juga salah satu jenis vitamin yang terkandung dalam air kelapa muda. Manfaat air kelapa muda untuk ibu hamil ialah dapat membantu menggantikan jaringan tubuh yang rosak.

10. ANTI PENUAAN

Air kelapa muda memang dikenali sebagai agen anti penuaan kerana mampu memperbaharui sel-sel tubuh. Ini sangat baik kepada ibu hamil selepas bersalin bagi mengatasi masalah selulit atau stretch mark di perut.

11. MENJAGA KESIHATAN JANTUNG

Kandungan kalsium dan magnesium tinggi yang terkandung dalam air kelapa muda dapat membantu ibu hamil menjaga kesihatan jantung seperti serangan jantung dan denyutan jantung tidak stabil. Ini baik untuk menjaga kesihatan janin.

12. MENCEGAH PEMBULUH DARAH TERSUMBAT 

Air kelapa muda mampu mencegah situasi pembuluh darah tersumbat kerana mengandungi kolesterol baik tinggi.

13. TINGKAT METABOLISME TUBUH

Ibu hamil sangat memerlukan metabolisme tubuh tinggi. Minum air kelapa akan membantu meningkatkan metabolisma badan.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda