MUSIM raya bakal tiba tidak lama lagi. Pastinya kita sedang sibuk melakukan persiapan menghias rumah, menukar langsir, membeli perabot baru dan sebagainya. Paling penting, rumah mesti bersih dan bebas habuk.

Give up betul masa mencuci habuk di rumah. Rimas betul sebab habuk di rumah susah hilang. Selepas mengelap pun habuk masih melekat! Tetapi sekarang sudah ada cara paling berkesan untuk kita buangkan habuk di rumah. Jom cuba!

1. RUMAH WANGI SEMERBAK

Tidak perlu beli penyembur wangian lagi di rumah, guna minyak wangi DIY cukup. Caranya, sediakan satu botol penyembur, pelembut kain (Downy paling wangi), dan air kosong. Campurkan air kosong dengan Downy (1:1) ke dalam bekas penyembur, kemudian sebatikan.

Sudah siap! Cuba sembur pada katil, langsir, sofa jenis fabrik, karpet, sarung kusyen. Uiihh, bau dia memang semerbak dan kekal lama tau!


2. CUCI BONTOT KUALI HITAM DAN BERKERAK

Penat asyik kena sental bontot kuali berkerak? Tidak perlulah bazirkan tenaga lagi. Sediakan serbuk baking soda, cuka dan ubat gigi.

Caranya, campurkan baking soda, cuka dan ubat gigi, kemudian sapu pada permukaan bontot kuali. Biarkan 10-15 minit. Kemudian gosok-gosok sikit, hilanglah kerak dan berkilat OK kuali tu!


3. LANTAI KILAT DAN WANGI

Teknik yang sangat berkesan, mop lantai dengan air panas dan downy saja.

Sediakan air panas dalam baldi, kemudian campurkan sedikit Downy. Kemudian mop macam biasa. Hasilnya, lantai berkilat, bersinar dan wangi!


4. KIPAS BEBAS HABUK 

Gunakan sarung bantal lama untuk buang habuk pada kipas. Kalau kita guna kain buruk atau penyapu, habislah semua habuk bertaburan atas lantai. Jadi gunalah sarung bantal lama untuk mudahkan kerja kita. Hasilnya, kips bersih, lantai pun tidak berhabuk.


5. HABUK SUSAH MELEKAT PADA KIPAS

Tidak kira kipas syiling atau kipas stand, kita boleh DIY sendiri penyembur untuk pastikan habuk susah melekat pada kipas. Caranya, sediakan cuka, downy dan air kosong. Campurkan semua bahan tadi (1:1:1), kemudian masukkan dalam bekas penyembur.

Sembur aja pada permukaan yang selalu lekat habuk, kemudian lap. Bukan setakat bersih dan kilat, tetapi habuk pun tidak mahu hinggap ya!


6. TANAMAN DAN BUNGA

Kepada yang suka letak bunga atau tanaman tidak kira palsu atau hidup, anda patut cuba! Untuk bersihkan pokok, gunakan berus gigi lembut dan kemeja-T lama untuk buang habuk melekat. Sekiranya kotoran degil susah hilang, basahkan sedikit berus gigi tersebut.


7. KILATKAN TANAMAN DAN BUNGA GUNA MAYONIS??

Selepas siap bersihkan pokok atau bunga dlam rumah, ambil sedikit mayonis untuk kilatkan bunga dan daun. Cubalah kalau tidak percaya!


8. KILATKAN PERABOT PLASTIK

Bagi perabut plastik, guna Downy atau apa-apa jenama pelembut kain. Lapkan sahaja pada permukaan perabut plastik. Memang berkilat dan segar! Habuk pun susah hinggap.


9. LINT UNTUK BUANG HABUK PADA PERMUKAN KAIN

Pernah nampak bukan lint (roller sticker)? Boleh dapat dari Daiso atau Mr DIY dengan harga sangat murah.

Memang sangat efektif OK kalau guna lint kalau hendak buang habuk pada perabot jenis kain. Misalnya, buang habuk pada sofa jenis fabrik, lampu hiasan, dan sebagainya. Kepada mereka yang membela kucing, rasanya benda ini wajib ada dalam rumahkan?


10. BERSIHKAN BIDAI

Gunakan stoking lama atau span untuk cuci habuk pada bidai atau blinds. Secara tidak langsung, kita boleh cuci kedua belah permukaan bidai kalau guna stokin.


11. LAP LANTAI, PERABUT DAN SYILING

Tidak perlu membazir beli penyapu khas untuk buang habuk di bahagian yang susah dicapai. Gunakan penyapu yang diikat dengan kain mikrofiber. Habuk halus akan melekat pada kain tersebut. Senang kan?


12. CERMIN BERKILAT

Hentikan teknik mencuci cermin guna kain buruk basah. Memang melekitlah cermin kita nanti. Cara tepat mengelap cermin ialah guna surat khabar lama dan pencuci cermin.


13. TUTUP PENYAMAN UDARA DAN KIPAS

Ketika sedang menvakum atau menyapu lantai, pastikan kipas dan penyaman udara ditutup. Ini untuk mengelak habuk kecil berterbangan. Memanglah sapu 5 kali pun habuk masih banyak, sebab lupa tutup kipas. 🙂

Selamat mencuba!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda