HARI jadi dan ulang tahun perkahwinan sudah dekat tapi masih tidak ada idea untuk memberikan hadiah apa buat suami? Ini dia 12 idea menarik untuk diberikan kepada suami anda!

1. JAM TANGAN

Mengikut kajian, kaum lelaki lebih sukakan jam berbanding kaum wanita. Kebiasaannya seorang lelaki akan mempunyai lebih daripada satu jam pada satu masa. Malah, ramai suami di Malaysia menyimpan koleksi jam sebagai hobi.

Nak beli jam? Tapi tidak tahu? Belilah mengikut hobinya. Sebagai contoh:

  • Jika suami suka memancing, boleh belikan jam yang mempunyai fungsi meramal pasang surut air laut.
  • Sekiranya suami suka scuba diving, boleh belikan jam yang tahan lasak dan boleh dipakai semasa menyelam jauh ke dasar laut.
  • Sekiranya suami suka bersukan, dan aktif menyertai marathon, boleh belikan jam fitness.
  • Sekiranya suami sukakan aktiviti hiking dan memanjat gunung, boleh belikan jam yang mempunyai fungsi mengukur ketinggian.

2. TELEFON BIMBIT

Lelaki dan gadjet sememangnya tidak dapat dipisahkan. Setiap hari suami bekerja keras keluar mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Apa salahnya kalau belikan telefon bimbit baru sebagai surpise sempena tarikh istimewa? Pilih telefon bimbit jenama kegemaran suami dengan warna yang disukainya.

3. PLAYSTATION ATAU XBOX

Walau pun sudah dewasa dan bergelar seorang ayah, kebiasaannya kaum lelaki masih tidak mampu untuk membuang minat untuk bermain permainan video. Boleh belikan permainan seperti Playstation atau Xbox sebagai hadiah. Pasti suami akan melekat di rumah. Tiada lagi sesi teh tarik di mamak bersama kawan-kawan hingga pukul 3 pagi.

BACA>>> Tip Untuk Wanita- 99 Petua Buat Suami Bertambah Sayang Pada Kita

4. CERMIN MATA HITAM

Kaum lelaki suka bergaya dengan cermin mata hitam. Suami pasti akan kelihatan semakin kacak dan bergaya apabila memakai cermin mata hitam pemberian anda.

5. MINYAK WANGI

Jadikan minyak wangi berbau maskulin sebagai hadiah kepada suami tersayang. Jika tidak tahu memilih bau yang mana satu, boleh minta pendapat jurujual di kaunter menjual minyak wangi.

Jurujual tersebut akan memberi cadangan minyak wangi mana yang sesuai dengan personaliti suami. Atau pun kalau nak mudah, belikan sahaja sebotol minyak wangi kegemarannya.

6. BEG DUIT

Beg duit adalah hadiah paling istimewa yang boleh berikan kepada suami tercinta. Setiap kali suami memegang beg duit, secara automatik beliau akan teringatkan anda. Romantik habis, kan.

7. PAKAIAN

Anda juga boleh belikan pakaian sebagai hadiah untuk suami tersayang. Anda boleh belikan suami pakaian untuk pergi bekerja atau pakaian kasual untuk dipakai semasa keluar berjalan-jalan bersama keluarga.

8. KASUT

Jangan ingat orang perempuan saja sukakan kasut. Kaum lelaki juga sukakan kasut. Sebagai isteri, semestinya anda tahu saiz kasut yang dipakai oleh suami, bukan? Nak belikan kasut apa? Jom kami berikan idea:

  • Kasut untuk dipakai bekerja.
  • Kasut sukan.
  • Kasut untuk berjalan-jalan.
  • Safety boots sekiranya suami anda menggunakannya, harganya boleh tahan juga.

BACA>>> Lagi Tinggi Pelajaran Lagi Mahal Duit Hantaran, Perlu Atau Tidak Ikut Status Si Wanita?

9. KOMPUTER RIBA

Selain telefon bimbit, boleh berikan komputer riba sebagai hadiah istimewa buat suami. Nak lagi istimewa? Setkan gambar anda berdua sebagai wallpaper, suami pasti akan rasa sangat terharu dengan pemberian itu. Di antara komputer riba yang intrend sekarang ialah Surface dan Macbook. Kalau anda ada bajet, bolehlah belikan.

10. ALAT MEMANCING

Suami kaki pancing?Dia pasti akan tersenyum lebar sampai ke telinga apabila membuka hadiah. Terdapat pelbagai alatan pancing yang boleh anda berikan seperti:

  • Batang joran. Batang joran datang dalam pelbagai kepanjangan, bergantung kepada lokasi suami anda suka memancing. Jika suami anda suka memancing di laut dalam dan tepi pantai, belikan batang joran yang panjang. Jika suami anda suka memancing di sungai, tasik, dan kolam, batang joran yang pendek sudah memadai.
  • Mesen. Seperti batang joran, mesen juga datang dalam pelbagai saiz. Saiz yang mana satu nak dibeli? Sekali lagi bergantung kepada lokasi suami anda suka memancing. Mesen yang besar akan menaikkan ikan yang besar sementara mesen yang kecil akan menaikkan ikan yang kecil.
  • Alat pengesan ikan. Suami anda pasti berbangga semasa menunjukkan kepada rakan-rakan memancingnya.
  • Aksesori seperti mata kail, batu ladung, floater, gunting, pisau, gewang, alat menimbang ikan.
  • Kotak mengisi alatan memancing.
  • Pakaian memancing seperti tshirt, kasut, topi.
  • Kerusi memancing.
  • Pouch bag.

11. AKSESORI KERETA

Bagi suami suka kereta, pasti akan rasa sangat bahagia jika anda membelikannya aksesori kereta. Terdapat pelbagai barang yang anda boleh belikan, bergantung kepada berapa bajet. Kalau bajet anda banyak, boleh belikan sportrim. Kalau bajet anda kecil sahaja, beli aksesori dengan harga yang murah. apa yang paling penting, jangan sampai membebankan diri sendiri.

12. AKSESORI MOTOR

Sekiranya suami anda sukakan motor, anda boleh belikan aksesori motor. Di antara aksesori motor yang boleh anda belikan ialah:

  • Topi keledar.
  • Sportrim.
  • Pakaian seperti jaket kulit.
  • Aksesori seperti sarung tangan dan mafla.
  • Baju hujan.

SUMBER: Bidadari

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda