BIASANYA selepas bersalin, isteri akan minta untuk balik kampung duduk di rumah ibunya. Katanya, ada orang boleh tolong jagakan. Lagipun, emak sendiri, bukannya emak mertua. Boleh manja-manja bukan?

KENAPA SUAMI CURANG KETIKA ISTERI BERPANTANG?

Namun, tahukah bahawa perkara sebegini adalah antara bibit-bibit yang boleh membuatkan suami curang ketika isteri berpantang. Berikut merupakan 11 sebab kenapa suami curang;

1. BEBAS

Bila isteri berada jauh di kampung, maka di sinilah bermulanya langkah suami yang rasa dirinya bebas. Ini adalah peluang yang pertama, kerana bila berjauhan, macam-macam boleh jadi. Siap ada yang bawa balik rumah!

Sudah tentu bila ada anak kecil, anak itu juga kita hantar ke kampung. Lain kali, biar pantang di rumah sendiri. Biar suami juga terlibat dalam kerja menguruskan kita..

2. HASUTAN KAWAN

Mulalah ada yang mengajak, “Eh, relakslah bro. Bini kau bukan ada di rumah. Dia masih di kampung kan? Masa ni la kita enjoyyyy. Jom pi urut?”.

3. TIADA PANTAUAN

Apa tidaknya, isteri jauh di kampung. Maka terlepaslah suami dari isteri yang kerap periksa telefon bimbit. Malahan, suami boleh pulang ke rumah pada bila-bila masa, sesuka hati!

4. ACAH SOLO

Apa tidaknya, bila jalan berseorangan, tampak seperti lelaki bujang trang tang-tang pula. Bila berpakaian kemas, pulang dari pejabat aja tentu ada mata yang menyinggah.

5. TIDAK HARGAI PENGORBANAN ISTERI

Kalaulah suami tahu betapa sakitnya isteri melahirkan anak, tentu dia tidak sanggup curang. Lain kali, cuba bawa suami masuk dalam dewan bersalin. Biar dia tengok dengan mata kepala dia sendiri.

Sekarang ini, sudah banyak hospital yang membenarkan suami masuk dalam dewan bersalin untuk temankan isteri.

6. BOLEH NIKAH 4

Ada juga suami yang berkata, “Eh, kenal-kenal dengan perempuan lain je, bukannya ada apa-apa. Itu pun curang ke? Bukan abang ada 4 kuota ke!”

7. PANTANG SAMPAI 100 HARI

Yang 44 hari pun tidak boleh tahan, inikan lagi yang 100 hari. Wahai suami, 100 hari itu bukannya untuk isteri. Itu untuk kamu juga.

Bagi isteri peluang untuk pulih sepenuhnya. Bukannya isteri tidak mahu, cuma bawa bersabar boleh atau tidak?

8. BERKAHWIN KERANA NAFSU

Bila kahwini isteri semata-mata hendaknya yang itu sahaja, maka beginilah jadinya. Apabila isteri tidak mampu melayani nafsu suami, mula suami beralih arah. Tapi tidak pula si suami fikir, ap jadi jika dia pula yang sakit?

9. SUNYI

Antara alasan lain ialah sunyi katanya. Biasa bila balik rumah, ada orang yang dia boleh ajak borak. Bila sendirian begini, mulalah rasa sunyi!

10. BOSAN

Bukan setakat sunyi, suami juga akan rasa bosan. Sampai rumah, tidak tahu apa yang patut dibuat. Itu yang suami ligat capai handphone main WeChat, Whatsapp dan lain-lain. Sudah la pula, terjumpa dengan perempuan lain yang bosan juga.

11. RASA DIRI TERABAI

Apa tidaknya, waktu isteri di rumah isteri, semuanya disediakan. Makan pakai semua lengkap. Bila isteri berpantang, mulalah rasa isteri hanya pentingkan bayi sahaja. Bila rasa terabai begini, mulalah suami cari seseorang yang boleh manjkan dia.

Sebenarnya, penat bila bercerita tentang kisah suami curang ketika isteri berpantang ini. Sudahlah penat mengandung, bila berpantang, begini pula suami layan isteri.

Semakin hari, semakin banyak kes ini terjadi. Kalau bukan kawan terdekat, dari kawan punya kawan kepada kawan terdekat. Apa pun, berhati-hati dan banyakkan berdoa.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda