TIADA masakan lain di dunia yang lebih sedap selain masakan ibu! Tiada yang setanding walaupun ke mana saja kita pergi. Bukan saja anak, tetapi suami juga pasti merindui air tangan isterinya.

Walaupun menu masakan ringkas, tetapi masakan dengan kasih sayang itu benar-benar terasa. Kepada ibu yang rajin memasak untuk keluarga, pastinya kita semua memasak dengan peuh keikhlasan dan rasa sayang.

Masakan ibu ialah petua berkesan untuk mengeratkan kasih sayang. Malah ketika memasak, kita juga boleh berusaha melembutkan hati suami dan anak. Berikut 11 amalan yang boleh dipraktikkan untuk melembutkan hati suami dan anak ketika memasak:

  1. Berwuduk dan solat sunat 2 rakaat sebelum mula memasak.
  2. Baca doa ketika masuk dapur (surah Al-Kahfi ayat 10). “Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami”.
  3. Ketika mengambil beras, baca surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal”.
  4. Baca doa waktu menyimpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27. “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”.
  5. Ketika memotong sayur atau daging, baca surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud:

Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu ialah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tiada belangnya”.

Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat lembu betina yang sebenarnya. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”

6. Doa memotong sayur ialah surah  Al-Kautsar 1-3. “Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu, dialah yang terputus”.

7. Apabila meletak kuali atas dapur, ibu boleh membaca doa surah Al-Baqarah 137. “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui”.

8. Mulakan kerja memasak dengan bacaan Basmalah. Setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucapan Basmalah untuk dapat keberkatan.

9. Sewaktu mengacau makanan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya, dari kanan ke kiri mengikut sunnah.

10. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200. “Wahai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan”. Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.

11. Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.

Semoga hidangan yng dimasak kita diberkati oleh Allah SWT. Moga suami dan anak yang makan juga mempunyai akhlak yang terpuji.

SUMBER: PetuaIbu

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda