WALAUPUN sibuk bekerja, tiada masalah bagi kita untuk berikan susu ibu kepada si manja. Ada pelbagai jenis bekas simpanan susu yang diperah. Seperti kita semua sedia maklum, makan terbaik buat bayi adalah melakukan penyusuan badan secara langsung.

Bagaimanapun, kita tidak boleh mengabaikan pemilihan bekas menyimpan susu perahan kerana turut mempengaruhi kesegaran dan tempoh jangka hayat susu tersebut.


Berikut 10 tip simpan susu perahan dengan betul dan selamat:

  1. Botol jenis kaca ialah pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku. Ini kerana komponen susu berada dalam keadan lebih baik dalam botol kaca.
  2. Botol plastik yang lebih keras dan jernih.
  3. Banyak ibu suka simpan dalam botol plastik kerana lebih mudah. Kebanyakan pusat jagaan tidak terima susu yang disimpan dalam botol kaca.
  4. Pilih botol yang memiliki penutup kedap udara ketat dan mudah digunakan.
  5. Bagi mudahkan kita bawa botol simpanan ke mana-mana sahaja, simpan botol dalam satu beg khas.
  6. Bagi memastikan susu tidak rosak dan segar, beg tersebut mesti diisi dengan pek ais khas untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
  7. Ada juga beg simpanan susu yang tidak berkualiti. Jadi pastikan beg yang dibeli efektif dan berkualiti supaya susu tidak tumpah.
  8. Kebanyakan jenama pengeluar pam susu turut menyediakan beg simpanan susu berkualiti. Bagaimanapun, harganya agak mahal.
  9. Sebagai langkah keselamatan, sarungkan plastik nipis pada setiap botol sebelum diletakkan dalam beg bagi menangani masalah bocor atau tumpah.
  10. Penggunaan botol berwarna tidak digalakkan kerana kemungkinan pewarna botol luntur dan bercampur dalam susu.

INFO TAMBAHAN

  • BOLEH ATAU TIDAK LEBIHAN SUSU DISIMPAN SEMULA?

Susu perahan yang disediakan untuk bayi perlu dihabiskan dalam tempoh 1-2 jam. Jika bayi tidak menghabiskannnya, susu perlu dibuang.

  • SUSU MANA PERLU SAYA GUNA DAHULU?

Labelkan susu mengikut tarikh dan masa diperah. Gunakan susu paling awal diperah. Sekiranya anda berikan susu perahan pada pusat jagaan anak, pastikan label nama anak dengan jelas supaya tidak bercampur.

Untuk panduan lengkap cara simpan susu perahan, klik pautan ini: Panduan Lengkap Cara Simpan Susu Ibu untuk Bayi.

 SUMBER: MamaPeduli

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda