SEKARANG ini musim berkhatan, ramai ibu bapa mohon saya tip penjagaan selepas berkhatan agar tidak bentan atau bernanah dan luka cepat sembuh.

Jadi hari ini saya nak beri sedikit penerangan tentang penjagaan luka selepas berkhatan.

1. JANGAN BIARKAN BALUTAN LUKA TIDAK DIBUKA LEBIH 72 JAM

Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:

  • Jangkitan dan nanah
  • Bengkak dan bentan
  • Jahitan terbuka
  • Keruping melekat pada balutan

2. LUKA BERKHATAN PERLU DICUCI 2-3 HARI SEKALI MENGGUNAKAN NORMAL SALIN 

Caranya:-

  • Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
  • Cuci luka dengan normal saline
  • Periksa jika ada jahitan dan tanda jangkitan

Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda.

GAMBAR HIASAN – SINAR HARIAN

3. ADA BEBERAPA UBAT YANG DIBEKALKAN OLEH DOKTOR SELEPAS PROSEDUR

Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:

  • Tahan sakit: diambil bila perlu
  • Antibiotik: perlu diambil ikut jadual
  • Ubat cucian: lazimnya normal saline
  • Elak sapu minyak/herba pada luka

BACA>>> 9 Masalah Kelamin Bayi Baru Lahir yang Perlu Ibu Bapa Tahu

4. NGILU DI BAHAGIAN KEPALA ZAKAR

Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.

5. PAKAIAN LONGGAR SELESA 

Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.

SUMBER INTERNET

6. SELEPAS BERKHATAN, ANAK-ANAK DIBENARKAN BERJALAN

Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.

7. PASTIKAN MINUM AIR SECUKUPNYA

Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.

8. JAGA PENGAMBILAN MAKANAN 

Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.

9. LUKA BERKHATAN AKAN SEMBUH 10-14 HARI

Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor:

  • Sakit/bengkak melampau
  • Nanah yang banyak
  • Demam tinggi
  • Tidak boleh kencing

BACA>>> Was-Was Bawa Anak Perempuan Bersunat? Baca Perkongsian Doktor Ini

SUMBER INTERNET

10. RAWATAN SUSULAN

Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.

  • Jahitan konvensional: Tidak perlu dibuka
  • Klamp: Perlu jumpa doktor untuk dibuka
  • Gam: Tidak perlu jumpa doktor semula

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Komuniti FB Anda

Follow untuk dapatkan tip kesihatan sahih yang ringkas dan padat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda