MORNING Sickness atau alahan ialah fasa pertama yang akan dilalui wanita hamil dalam tempoh trimester pertama proses kehamilan. Keadaan mual, loya, pening dan muntah ialah antara alahan yang sinonim sepanjang fasa tiga bulan pertama tersebut.

Namun, ada sesetengah wanita agak beruntung kerana tidak mengalami sebarang alahan sepanjang kehamilan. Ada pula terpaksa berdepan masalah alahan hingga bersalin. Mari ikuti beberapa panduan mudah untuk atasi masalah alahan ini.

1. MAKAN DALAM JUMLAH SEDIKIT TAPI KERAP

Elak makan dalam jumlah banyak pada satu-satu masa kerana boleh menyebabkan kita rasa mual dan mahu termuntah. Sebaliknya, makan sedikit, tetapi kerap.

2. MAKAN MAKANAN KARBOHIDRAT

Bagi membantu mengatasi rasa mual, kita boleh makan roti dan kentang.

3. JANGAN TERUS BANGUN

Apabila bangun tidur, jangan bangun tiba-tiba. Bangun perlahan-lahan, duduk dulu beberapa minit sebelum bangun dan berdiri. Ini membantu mengelakkan kepala pening yang mendorong kepada perasaan mual dan muntah.

4. ELAK MAKANAN BERLEMAK

Jangan makan makanan berlemak, berminyak dan pedas. Ini boleh menyebabkan perut tidak selesa dan akan memburukkan lagi gejala alahan kita.

5. MINUM AIR BANYAK

Pastikan banyak minum air walaupun sering muntah kerana ini membantu mengelakkan masalah kekurangan air disebabkan kerap muntah. Disarankan minum air masak atau jus buah-buahan. Elakkan kafein dan air berkarbonat.

6. UBAT TAHAN MUNTAH

Jika alahan tidak berkurangan dan semakin teruk, segera berjumpa doktor sakit puan (O&G). Doktor akan menyarankan beberapa ubat-ubatan tahan muntah yang selamat kepada ibu mengandung bagi membantu mengurangkan masalah tersebut.

7. MINUM AIR HALIA

Cuba amalkan minum air halia, kerana diakui secara tradisi membantu mengatasi rasa mual.

8. KURANGKAN LIHAT SKRIN KOMPUTER DAN HP

Kalau boleh elakkan menatap komputer dalam tempoh lama ketika di tempat kerja. Cuba berjalan. Begitu juga telefon pintar, kurangkan penggunaannya, nanti pening dan mual.

9. MAKAN EPAL

Makan epal boleh mengurangkan rasa mual. Jika ingin kepelbagaian, buat jus epal dan tambah sedikit madu.

10. PAKAIAN LONGGAR

Percaya atau tidak. Cubalah mengenakan pakaian mengandung yang tidak ketat mengikut keselesaan kita. Ini juga akan membantu mengurangkan rasa mual.

Selamat mencuba bakal ibu ye!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda