MEMILIKI bentuk badan menawan dengan pinggang ramping dan wajah jelita sentiasa menjadi impian setiap wanita. Namun, semua impian murni itu boleh jadi punah seandainya kita tidak reti menjaga badan, terutama selepas bersalin.

Dalam hal menjaga kecantikan dan kesihatan, sudah tentu ada selebriti tertentu yang boleh kita jadikan contoh atas dedikasi mereka mengekalkan bentuk badan dan wajah menarik.

Ketepikan sekejap apa dilakukan itu sebagai aset cari makan, tetapi inisiatif sihat dan cantik itu tetapi boleh dijadikan ikutan terbaik untuk dijadikan pembakar semangat. Mereka boleh, kenapa tidak kita? Kami senaraikan 10 selebriti Malaysia yang maintain slim walaupun sudah memiliki anak..

1. SHARIFAH SAKINAH

Bukan sekadar bersenam dan joging, Sakinah juga sangat menjaga pemakanan. Kalau benar-benar mahu kurus, mesti jaga makan OK!


2. ROZITA CHE WAN

Apalah agaknya rahsia kekal jelita Che Ta? Walaupun badan naik 2-3kg, Che Ta akan mula risau dan jaga pemakanan. Selain jaga makan, mesti gagahkan diri bersenam.

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on


3. SITI SARAH

Penyanyi kecil molek ini semakin lama semakin cantik. Walaupun sudah beranak tiga, Sarah tetap mementingkan penampilan diri.


4. LISDAWATI

Walaupun sudah jadi ibu kepada 3 anak, Lisdawati mampu kekal langsing hingga kini. Rahsianya, Lisdawati akan jadikan kerja mengemas rumah sebagai rutin senaman. Waktu mengemas, beliau akan pakai pakaian tebal seperti sweater dan tutup kipas supaya peluh keluar.

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on


.5. RITA RUDAINI

Rita mengamalkan pengambilan jamu sejak usia remaja. Dia juga sangat menjaga pemakanan dan tidak pernah mengambil makanan sejuk seperti timun. Walaupun sudah ada dua anak, Rita semakin jelita!

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on


6. ATITA HARIS

‘Insta Famous’ Malaysia, Atita Haris sudah mempunyai dua anak, tetapi kekal kurus dan cantik!

A post shared by Atita Haris (@atitaharis) on

A post shared by Atita Haris (@atitaharis) on


7. WAWA ZAINAL

Supaya kekal cantik dan sihat walaupun sudah ada beranak dua, Wawa mengamalkan minum air putih secukupnya. Dia juga kurang mengambil minuman manis dan berais. Bagi rutin penjagaan kulit, Wawa akan pastikan wajahnya dicuci bersih selepas mekap tebal.

A post shared by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on

A post shared by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on


8. NORA DANISH

Walaupun baru saja habis berpantang, Nora Danish sudah berjaya menurunkan berat badan walaupun bersalin secara pembedahan.

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on


9. FASHA SANDHA

Ibu kepada dua anak ini nampak sedikit berisi selepas melahirkan anak kedua. Bagaimanapun, Fasha nampak sangat langsing sekarang! Pendek kata, Fasha memang cantik sangat!

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


10. ZIANA ZAIN

Tetap awet muda walaupun sudah berusia 50 tahun dan ada 4 anak! Kagum betul dengan tubuh beliau yang kekal ramping dan bertenaga ketika membuat persembahan atas pentas. Rahsianya, Ziana mengamalkan minum jus timun atau epal setiap pagi!

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain) on

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain) on

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda