YOUTUBE memudahkan kita mendapatkan pelbagai maklumat dan tip mengenai apa saja yang diperlukan. Kita juga menggunakan ‘YouTube Channel’ sebagai medium bantuan mengajar yang mampu membantu meningkatkan lagi proses pemahaman anak.

Kanak-kanak zaman sekarang, umur 4-5 tahun pun sudah pandai buka YouTube sendiri dan cari kartun kegemaran mereka. Apapun, kita perlu mengawal masa dan memilih kandungan yang sesuai dengan usia mereka untuk mengelak berlaku masalah lain pula.

Kalau boleh, muat turunlah perisian ‘YouTube Kids’ yang memang dibuat khas untuk kanak-kanak dan lengkap dengan ciri tapisan kandungan. Tetapi tetap perlu dipantau ibu bapa.

Berikut 10 Channel YouTube pilihan yang memaparkan isi kandungan yang baik untuk pembelajaran anak:

1. TED-ED

Saluran yang baik untuk mencabar dan membuka minda anak-anak. Melalui saluran ini juga, si kecil dapat meluaskan pemikiran untuk memikirkan tentang hal dan isu yang tidak pernah dilalui melalui perkongsian orang lain.

2. SESAME STREET

Hasil kajian dijalankan Wellesley College dan University of Maryland, kanak-kanak yang menonton Sesame Street menunjukkan prestasi lebih baik di sekolah. Mereka menunjukkan perkembangan positif, terutama dalam prestasi akademik.

3. KIDS TV

Jika mahu anak belajar mengira sambil berhibur, saluran ini sesuai untuk ditonton si manja. Kandungan animasi dalam bentuk lagu, nombor, abjad dan objek sangat sesuai buat si kecil bermain sambil belajar.

4. BABY TV

Saluran ini bagus untuk si manja belajar mengenai konsep, alam semula jadi, binatang, membina persahabatan dan permainan. Terdapat 9 tema video yang boleh dipilih menerusi saluran ini.

5. HOUSTON ZOO

Jika si manja suka belajar bunyi, rupa dan bentuk haiwan, saluran ini sesuai buat mereka untuk belajar tentang haiwan.

6. SIMPLE KIDS CRAFT

Ajar anak-anak kita jadi lebih kreatif menerusi saluran Simple Kids Craft. Saluran ini memaparkan idea untuk anak melakukan pelbagai aktiviti kreatif secara buat sendiri (DIY).

7. OH MY GENIUS

Kandungan video menghiburkan yang membantu mengembangkan pemikiran anak-anak secara mudah. Memaparkan animasi berbentuk nombor, abjad dan objek yang memberi inspirasi kepada si kecil untuk belajar.

8. NATIONAL GEOGRAPHIC KIDS

Beri anak tonton saluran ini untuk belajar tentang haiwan, alam semula jadi, eksperimen dan banyak lagi. Saluran ini lebih sesuai buat si kecil berumur 5 tahun dan keatas.

9. BUSY BEAVERS

Bermanfaat jika mahukan anak-anak belajar Bahasa Inggeris dengan mudah. Saluran ini memaparkan kandungan video yang fokus untuk mengasah kemahiran anak-anak bercakap dan memahami Bahasa Inggeris dengan cara menyeronokkan.

10. HOOPLAKIDZ

Saluran ini pula mengajak anak-anak kita menari, menyanyi dan juga bermain. Sambil belajar, anak-anak juga dapat bermain dan berhibur.

Namun, jangan pula kita bebaskan anak-anak untuk tonton apa yang mereka suka pada bila-bila masa. Tetapkan masa, peraturan dan kandungan yang sesuai dengan umur mereka.

SUMBER: ABCKID

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda