APABILA sakit, anak biasanya kurang selera makan dan kita pula perlu bijak mencari menu yang sesuai dengan selera dia. Salah satu daripada menu itu ialah sup yang memang sudah sinonim sebagai makanan orang demam (sakit).

Selain boleh dimakan bersama nasi atau mi/bihun, sup juga boleh dihirup begitu saja. Cara menyediakannya juga tidak sukar, dan boleh disimpan lama, termasuk dipelbagaikan bahan sampingan seperto daging, ayam, ikan dan sayur.

Berikut beberapa resepi sup yang boleh dicuba untuk anak.

1. SUP AYAM 

BAHAN-BAHAN

  • 5 biji buah pelaga
  • 5-7 biji bunga cengkih
  • 4 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 biji bawang besar dihiris halus
  • 3 biji lada hitam
  • 3 cawan air
  • 1 batang lobak merah
  • Sedikit ikan bilis ditumbuk

CARA MASAK
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan semua rempah hingga naik bau dan biarkan mendidih.
2. Masukkan bihun atau makaroni sebagai sumber karbohidrat.
3. Ikan bilis boleh diganti dengan ayam.

* Sebaiknya ditumis dengan minyak zaitun.

2. SUP BAYAM

BAHAN-BAHAN

  • 25 gram daun bayam (hiris halus)
  • 25 gram daging giling
  • 50 gram nasi
  • 25 gram tomato (iris halus)
  • 1 sudu hirisan daun bawang
  • 1 kuning telur
  • 1 sudu santan
  • Garam secukupnya (anak 1 tahun ke atas)

CARA MASAK
1. Masukkan daging giling, bayam, nasi, daun bawang dan tomato hingga masak.
2. Masukkan kuning telur, santan dan garam. Gaul rata. Masak sampai mendidih kemudian angkat.

3. SUP TOMATO

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji tomato
  • 1-½ biji lobak merah
  • ½ biji kentang (potong dadu)
  • ½ biji bawang Holland (saiz kecil)

CARA MEMASAK

1. Masukkan semua bahan dalam pengisar. Tekstur makanan bergantung kepada umur anak.
2. Panaskan satu sudu minyak zaitun dalam periuk.
3. Kemudian masukkan bahan yang dikisar, kecilkan api dan tutup periuk. Kacau sekali-sekala.
4. Kepekatan sup tomato bergantung kepada kita, boleh tambah air untuk cairkan sup.
5. Angkat apabila semua bahan kisaran sudah masak. Anggaran masa memasak dalam 15-20 minit.

4. SUP BROKOLI

BAHAN-BAHAN

  • 250gm brokoli dipotong
  • 100gm bawang besar dihiris
  • 50gm leek dihiris
  • 50gm daun sup dihiris
  • 30ml krim masakan
  • Air rebusan sayur secukupnya
  • Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
  • Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar, leek dan daun sup hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan brokoli dan kacau rata hingga masak.
3. Seterusnya masukkan air rebusan sayur dan biarkan mendidih. Sejukkan seketika.
4. Kemudian, masukkan bahan tumis tadi ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga hancur dan sebati.
5. Tuangkan ke dalam periuk dan didihkan.
6. Akhir sekali, masukkan krim masakan dan perasakan dengan garam dan serbuk lada putih. Kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan

5. SUP KACANG BUNCIS

BAHAN-BAHAN

  • 60 gram (¼ cawan) isi ikan tanpa tulang dicincang halus
  • 20 gram (2 sudu makan) kacang buncis dicincang halus
  • 20 gram (2 sudu makan) lobak merah dicincang halus
  • 25 gram (1 biji) tomato dicincang halus
  • 15 gram (1 sudu makan) ubi kentang dicincang halus
  • 5 gram (1 ulas) bawang putih, dicincang halus
  • 300 ml (1½ cawan) stok ikan bilis
  • 5 ml (1 sudu teh) minyak sayuran

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan isi ikan dan tumis selama 5 minit. Asingkan di atas pinggan.
3. Masukkan satu persatu sayur-sayuran ke dalam kuali; kentang, lobak merah, dan akhir sekali kacang buncis. Tumis selama 3 minit atau sehingga sayur menjadi lembut.
4. Masukkan stok ikan bilis dan ikan. Rebus selama 10 minit. Masukkan tomato.
5. Lenyek dan hidangkan bersama nasi lembik.

6. SUP SAYUR CAMPUR

BAHAN-BAHAN

  • 80gm cendawan tiram
  • 50gm brokoli
  • 50gm bebola ikan
  • 50gm isi ayam dipotong dadu
  • 1 batang lobak merah dihiris memanjang
  • 2 ulas bawang merah ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 tangkai daun bawang dihiris nipis
  • 1 tangkai daun sup dihiris nipis
  • 500ml air
  • 1 biji kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK

1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan isi ayam. Kacau sebentar. Kemudian masukkan air dan didihkan.
2. Apabila sup mendidih, masukkan lobak merah dan brokoli.
3. Selepas beberapa minit, masukkan pula bebola ikan dan cendawan tiram dan biarkan mendidih sebentar.
4. Masukkan pati ayam dan garam secukup rasa.
5. Hidangkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup. Sedia dinikmati.

7. SUP DAUN KELOR

BAHAN-BAHAN

  • 4 gelas air
  • 4 butir bawang merah dihiris halus
  • 2 buah jagung dipotong kecil
  • Garam dan gula
  • 3 tangkai daun kelor

CARA MEMASAK

1. Didihkan air
2. Masak bawang dan jagung hingga masak
3. Masukan daun kelor, garam dan gula
4. Biar mendidih hingga bahan masak

8. SUP LABU

BAHAN-BAHAN

  • 3 keping hirisan dada ayam
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • halia dihiris
  • sedikit hirisan leek
  • serba sikit rempah tumis ‘4 beradik’
  • ½ sudu teh serbuk rempah sup
  • Sedikit tomato
  • Labu

CARA MEMASAK

1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, leek, serbuk rempah sup dan rempah ‘4 beradik’ dengan minyak sayur.
2. Apabila bau naik masukkan air dengan ayam.
3. Tunggu ayam masak dan masukkan labu dan Tomato. Apabila labu lembut tutup api.

9. SUP SINGO PEAR

BAHAN-BAHAN

  • Bingo Pear
  • Sesudu Barli
  • Kaki Ayam

CARA MEMASAK

1. Rendam barli semalam dan toskan.
2. Masukan barli, kaki ayam dan air ke dalam periuk.
3. Masak hingga barli masak.
4. Apabila barli nampak kembang, masukan bingo pear.
5. Masak hingga bingo pear lembut.

10. SUP BUNGA KUBIS

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji kubis bunga dipotong kecil
  • 4 cawan air
  • Garam dan lada hitam
  • 1 sudu besar mentega tanpa garam

CARA MEMASAK

1. Masukkan air ke dalam periuk.
2. Tambah 2 sudu kecil garam dan kacau.
3. Masukkan kubis bunga dan masak selama 5 minit hingga lembut.
4. Tapis kubis bunga dan asingkan air garam.
5. Kisar kubis bunga dengan air garam tadi bersama mentega tanpa garam sehingga menjadi puri yang lembut.
6. Hidangkan segera dengan menambah sedikit minyak zaitun.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda