SEDANG buntu dan mahukan idea hidangan baru untuk si manja? Jom cuba beberapa idea resepi masakan mudah untuk bayi kita yang boleh disediakan dengan mudah dan cepat. Bukan saja mudah, si kecil juga dapat menikmati hidangan lazat dan berkhasiat.

Resepi dan idea hidangan ini sesuai buat bayi berusia 6 bulan ke atas:

1. JEJARI KENTANG DAN SAYUR (BAYI 8 BULAN KE ATAS)


BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji kentang (kukus)
  • 1/4 biji labu
  • Isi ayam (kukus atau rebus)
  • Brokoli (cincang)
  • 1/2 batang lobak merah (sagat)
  • 1/4 bawang holland (cincang)
  • 1/2 cawang tepung unbleached
  • Telur

CARA MEMASAK:

  • Lenyek kentang dan labu, kemudian satukan bersama tepung.
  • Masukkan ayam yang dicincang ke dalam adunan tepung tadi.
  • Tumis bawang, lobak merah dan brokoli di dalam kuali hingga layu.
  • Selepas layu, tutup api dan tuangkan ke dalam adunan tadi.
  • Gaul kesemuanya hingga sebati, dan bentukkan mengikut citarasa sendiri.
  • Celupkan jejari kentang dalam telur, kemudian goreng dengan minyak sedikit dan api perlahan.
  • Boleh juga dibekukan.

2. BUBUR TOMATO BERSAMA LABU DAN IKAN BILIS (10 BULAN KE ATAS)


BAHAN-BAHAN:

  • Bubur nasi atau beras perang
  • Stok ikan bilis
  • 1/2 biji tomato (potong dadu)
  • 1/4 biji labu (potong dadu)
  • Santan
  • Minyak zaitun (extra virgin)

CARA MEMASAK:

  • Masak bubur nasi bayi hingga lembut
  • Masukkan tomato, labu dan santan. Masak hingga kuah jadi pekat.
  • Masukkan stok ikan bilis.
  • Renjiskan minyak zaitun sebelum dihidangkan.

3. PASTA BERSAMA SOS AYAM (10 BULAN KE ATAS)


BAHAN-BAHAN:

  • Pasta (rebus 5 minit dan toskan)
  • Isi ayam (dicincang)
  • Labu (sagat)
  • 1/4 biji tomato (hiris)
  • 1 biji bawang merah (kisar)
  • 1 batang saderi (kisar)
  • 1 sudu kecil tepung
  • Mentega (unsalted)
  • Keju (sagat)
  • Minyak zaitun (extra virgin)

CARA MEMASAK:

  • Tumis bawang dan saderi hingga kuning bersama mentega.
  • Masukkan ayam cincang dan air. Masak hingga ayam lembut.
  • Masukkan labu sagat dan tomato. Masak hingga lembut.
  • Masukkan tepung untuk pekatkan kuah.
  • Tutup api dan masukkan keju.
  • Tuang atas pasta.
  • Renjiskan minyak zaitun.

4. PENKEK PISANG DAN KEJU (8 BULAN KE ATAS)

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji pisang
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • Pengisar

CARA MEMASAK:

  • Satukan semua bahan dan kisar.
  • Panaskan kuali dan sapukan mentega.
  • Masak adunan tepung dalam acuan dan siap.

5. TAUFUFA KURMA (7 BULAN KE ATAS)

BAHAN-BAHAN:

  • Kurma
  • Tofu

CARA MEMASAK:

  • Buang biji kurma dan kukus bersama tofu.
  • Buang kulit kurma setelah masak dan tapi air kurma.
  • Cairkan sedikit kurma tadi dan curah atas tofu yang telah dikukus.

6. PURI BETIK (BAYI 6 BULAN KE ATAS)


BAHAN-BAHAN:

  • Buah betik ranum
  • Pengisar

CARA MEMASAK:

  • Tidak perlu kukus atau masak betik.
  • Kisar dan tapis betik.

7. PURI LABU (6 BULAN KE ATAS)

BAHAN-BAHAN:

  • Buah labu (potong dadu)
  • Pengukus
  • Pengisar dan penapis

CARA MEMASAK:

  • Kukus labu selama 15-20 minit.
  • Tos dan sejukkan.
  • Kisar dan tapis.

8. PURI KACANG SEPAT (6 BULAN KE ATAS)


BAHAN-BAHAN:

  • Kacang sepat
  • Pengukus
  • Pengisar dan penapis

CARA MEMASAK:

  • Kukus kacang 10-15 minit.
  • Tos dan sejukkan.
  • Kisar dan tapis.

9. NASI KUNING DAN AYAM MASAK MERAH (10 BULAN KE ATAS)


BAHAN-BAHAN:

  • Beras
  • Bawang holland (cincang)
  • Mentega (unsalted)
  • Santan
  • Pati kunyit
  • Ayam (cincang)
  • Pes tomato

CARA MEMASAK:

  • Masukkan santan dan pati kunyit kemudian masukkan beras (biar hingga masak).
  • Untuk ayam, tumiskan bawang holland dengan mentega.
  • Masukkan ayam dan tumis hingga masak.
  • Masukkan pes tomato dan biar hingga kuah pekat.

10. PUDING ROTI APRIKOT DAN KEJU (8 BULAN KE ATAS)


BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping roti
  • 1 biji telur
  • 3 biji aprikot
  • Kismis
  • Keju Bega Cheese

CARA MEMASAK:

  • Kisar semua bahan kecuali keju.
  • Masukkan dalam bekas tabur keju.
  • Kukus selama 15 minit.
  • Semua gambar digunakan di atas sekadar hiasan dan bukan hasil masakan sebenar. Selamat mencuba!

KREDIT: Nonie Noor Ainie

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda