RAHSIANYA mudah sahaja! Seperti semua ibu tahu, payudara perlu dapat lebih rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan kuantiti penghasilan susu.

Selanjutnya, kita perlu melakukan beberapa perkara penting lain untuk menghasilkan lebih banyak susu badan. Ada 10 rahsia yang boleh kita cuba:


1. KERAP MENYUSU

  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih 3 jam, kejutkan bayi untuk disusukan.
  • Pada malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan, terutama jika dia tidur lebih 4 hingga 5 jam.

2. JANGAN TUNGGU PAYUDARA PENUH

  • Ada sesetengah yang suka biarkan payudara penuh sebagai petunjuk bayi perlu disusukan. Itu salah.
  • Yakinlah payudara sentiasa ada susu dan apabila disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan tahap lemak susu lebih tinggi apabila tempoh penyusuan dengan sesi penyusuan lain lebih singkat.
  • Jika anda menyusukan bayi (ketika anggap payudara kosong), bayi akan mendapat susu yang tinggi lemak dan membantu dia menambah berat badan.

3. MENYUSU LEBIH LAMA

  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara. Biarkan bayi menyusu satu-satu bahagian hingga puas sebelum beralih ke bahagian payudara lain.
  • Ini akan memberikan dia peluang mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk).
  • Jika terlalu cepat memberikan payudara sebelah lagi, dia hanya dapat foremilk. Ini hanya perut saja penuh, tetapi tidak beri kalori mencukupi untuk tumbesaran.

4. PENYUSUAN 2 KALI

  • Selepas menyusu, sendawakan bayi.
  • Dengan cara ini, bayi boleh minum susu dalam kuantiti lebih banyak. Kemudian, susukan bayi semula.
  • Cara ini turut merangsang payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu.

5. BOGELKAN BAYI

  • Ketika menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampin).
  • Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada terlena.
  • Bagi memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang bahagian hadpan.
  • Untuk mengelakkan bayi sejuk, selimutkan bayi ketika menyusu.

6. PENYUSUAN MALAM 

  • Amalan menyusukan bayi pada malam sangat bagus kerana boleh merangsang penghasilan susu.
  • Pada malam, kita dan bayi lebih relaks dan ini membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan sebelah malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranan menghasilkan susu.

7. PENYUSUAN BABY SLING

  • Bayi memang suka jika berada dekat dengan kita. Ini secara tidak langsung boleh merangsang bayi kerap menyusu.
  • Jadi, gunakan baby sling walaupun ketika dia sedang tidur.

8. FIKIR BAYI, FIKIR SUSU

  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Amalan ini sebenarnya dapat merangsang penghasilan susu.
  • Selain itu, masa antara menyusu dan sebelum menyusu, bayangkan bayi sedang menyusu badan. Cara ini akan merangsang payudara mengeluarkan lebih banyak susu.

9. URUT

  • Teknik urutan payudara betul akan membantu susu mengalir lancar. Apatah lagi ketika mengalami bengkak susu ataupun sakit puting.
  • Jadi, perlu tuam payudara dengan tuala yang direndam air suam.

10. MINUM AIR

  • Pastikan minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan atau memerah susu.
  • Sebaiknya, minum 3.1 liter air, iaitu kira-kira 13 cawan sehari.

Ingat, susukan bayi sekerap mungkin, iaitu 10-12 kali dalam tempoh 24 jam. Insya-Allah, susu badan akan lebih banyak. Kepada ibu yang mahu memerah susu, tetapi tiada pam elektronik, bolehlah cuba teknik perah susu menggunakan tangan.

BACA: Siapa Cakap Tiada Pam Tidak Boleh Perah Susu Badan? Cuba 9 Langkah Ini.

SUMBER: VeryWellFamily

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda