KULIT badan atau muka berpanau? Panau ialah salah satu penyakit kulit yang merimaskan pandangan. Tahukah anda, panau sebenarnya berpunca daripada peluh, yang mana badan yang kotor memudahkan lagi jangkitan panau. Persoalannya, bagaimanakah cara mengubati dan mengatasi masalah panau ini?

Orang yang kerap berpeluh dan kurang zat pemakanan akan lebih mudah terkena jangkitan kulat yang menyebabkan panau. Kepada yang ada masalah panau, di bawah ini kami kongsikan beberapa petua untuk menghilangkan penyakit kulit itu:


1. DAUN PINANG

Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian kulit berpanau. Amalkan selalu.

2. BUAH PINANG

Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit berpanau.

3. DAUN BELIMBING

Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian berpanau. Bagus jika diamalkan setiap hari hingga panau hilang.

4. DAUN KESUM DAN MINYAK TANAH

Campurkan secekak daun kesum bersama sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit berpanau.

5. DAUN GELENGGANG

Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Selepas kering, bilas hingga bersih.

6. HALIA

Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.

7. PUCUK LADA 

Tenyeh pucuk lada pada bahagian kulit bepanau. Amalkan selalu.

8. BAWANG PUTIH DAN HALIA

Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit berpanau. Biarkan sehingga kering. Kemudian bilas hingga bersih.

9. LENGKUAS

Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit berpanau. Sementara itu, jangan makan makanan yang mengandungi lengkuas.

10. DAUN LENGKUAS

Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit berpanau. Sementara itu, jangan makan makanan yang mengandungi lengkuas.


Semua petua di atas sebaiknya diamalkan selalu. Boleh juga dijadikan amalan setiap hari hingga nampak hasilnya. Jangan dibiarkan tompokan panau di badan kita jadi semakin teruk semacam peta dunia pula! Rawat sebelum parah. Selamat mencuba!

SUMBER: RencahRasa

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda