IBU mana yang tidak mahu bayinya putih, gebu, comel dan sihat. Tidak dinafikan, faktor genetik memainkan peranan penting untuk mendapatkan bayi berkulit cerah. Apapun, walaupun kulit anak kita mungkin tidak seputih anak mat saleh dan pan-asian (maklumlah bapanya coklat merelit), tetapi kita masih boleh dapatkan kulit anak yang gebu, mulus, berseri dan cantik.

Selain melihat gambar bayi comel setiap hari sambil berdoa, wanita hamil juga disarankan mengambil makanan sihat yang boleh mencerahkan dan mencantikkan kulit bayi. Jom amalkan 10 makanan yang dapat membantu anda meningkatkan peluang mendapatkan bayi gebu berseri-seri.

1. SUSU SAFRON

Susu dan safron dipercayai berupaya membuat kulit bayi cantik semasa bayi dalam kandungan. Ibu hamil dicadangkan minum susu safron kerana dipercayai dapat mencerahkan warna kulit bayi jika diambil ketika bayi masih dalam rahim si ibu.

Campur dua stigma safron bersama 500ml air suam atau campurkan dengan apa-apa jenis minuman. Minum dua kali dalam sehari.

2. BADAM, SUSU DAN KURMA

Wanita hamil perlu mengambil badam yang direndam atau kering untuk mendapatkan bayi dengan kulit berseri.

Anda digalakkan mengisar badam dan mencampurkan kisaran itu dengan susu kambing dan sedikit kurma. Ini bukan saja baik untuk kulit bayi, malah bagus untuk perkembangan bayi dalam kandungan.

3. JUS ANGGUR

Jus anggur kaya dengan asid hidroksi alfa (alpha hydroxy acid – AHA) yang baik untuk kandungan ibu. Anda boleh minum 60ml jus anggur sebanyak dua kali sehari untuk mendapatkan bayi yang sihat.

4. PUTIH TELUR

Telur ialah sumber protein tinggi dan mengandungi banyak lemak dan mineral yang baik untuk kandungan. Anda dinasihatkan makan putih telur pada trimester kedua kehamilan kerana idipercayai dapat memperbaiki warna kulit bayi.

5. KELAPA

Kandungan elektrolit tinggi dalam air kelapa dapat menjadikan kulit bayi jadi lebih bersih. Air kelapa juga dapat menghidrasi tubuh dan menjernihkan air ketuban.

6. OREN

Oren terkenal dengan khasiat vitamin C dan asid folik. Dua bahan itu dapat memberikan warna kulit bayi yang cerah ketika dalam kandungan.

7. NANAS

Nanas segar mengandungi bromelin yang dapat mengatasi penuaan dan baik untuk kulit bayi.

8. JINTAN MANIS

Air rendaman biji jintan manis boleh diminum segelas sehari. Selain mengurangkan gejala mual ketika hamil, rempah ini dapat mencerahkan warna kulit bayi.

9. KACANG HIJAU

Air rebusan kacang hijau dapat menjernihkan air ketuban, sekali gus mencerahkan kulit bayi dalam kandungan ibu. Selain air rebusan, kacang hijau juga sedap dibuat bubur.

10. LOBAK PUTIH

Dengan kandungan antioksidan dan mineral tinggi, lobak putih dipercayai dapat mempengaruhi warna kulit bayi jika selalu diambil sepanjang tempoh kehamilan.


Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, ibu hamil mesti mengamalkan gaya pemakanan sihat dan berkhasiat bagi memastikan bayi sihat dan memiliki kulit putih gebu dan berseri.

Selamat mencuba!

SUMBER: BoldSky

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda